Seorang pengguna twitter mendedahkan sikap kurang ajar seorang gadis yang merekod wajah pekerja Bangladesh yang sedang memasak makanan untuknya di Restoran Dakgalbi dan memuat naik di TikTok dengan kapsyen yang menimbulkan kemarahan netizen.
Kapsyen itu dilihat sebagai kurang ajar oleh netizen kerana ia memainkan sentimen perkauman tambahan pula wajah pekerja tersebut turut terlihat. Video yang dimuatnaik oleh gadis itu telah pun dipadam di Tiktok selepas mengetahui ia telah mendapat kecaman oleh netizen.
Untuk tidak memalukan pekerja Bangladesh tersebut, pengguna Twitter yang memuatnaik video itu sebenarnya telah memadam sedutan video yang memperlihatkan wajah pekerja itu. Ada juga yang komen, adakah pergi makan ke restoran Korea di Malaysia akan mendapat layanan oleh orang Korea? Netizen lain juga turut memberi komen sama di bawah ciapan tersebut. Dalam pada itu, ada juga yang komen pernah mengalami nasib yang sama apabila wajahnya direkod tanpa mendapat keizinan daripada pelanggan semasa dia bekerja di sebuah cafe. Lepas ini berhati-hati kalau ingin memuat naik apa-apa konten yang boleh mendatangkan kemaluan pada orang lain atau menimbulkan isu yang sensitif. - CARI
|
Artemesiaa replied at 15-11-2021 11:51 AM
Nak Korean yang serve kena makan kat Korea kalau kat Malaysia kedai dalam mall ramai abangla je yang ...
tripleid replied at 15-11-2021 12:16 PM
betul la dia ckp..rengsa jgk kalo tiap kali masuk restoren asyik muka bangla je..mcmlah org tempatan ...
umbut replied at 15-11-2021 01:46 PM
Byk je waiter server bangla kat mall.
tripleid replied at 15-11-2021 12:16 PM
betul la dia ckp..rengsa jgk kalo tiap kali masuk restoren asyik muka bangla je..mcmlah org tempatan ...
honeybee1802 replied at 15-11-2021 12:18 PM
Err..pekerja asing msk keje restoren ni cucuk tak tiphoid ke apa seme tu?
matchstick replied at 15-11-2021 04:48 AM
Org tempatan yg Melayu especially ramai jadi rider fp grab jnt etc..tak pun jual jeruk kt traffic ...
ADVERTISEMENT