CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ucapan 'Propa' Di Media Sosial

22-6-2015 06:49 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 3637| Komen: 8

Oleh Adib Za

Hari Bapa tiba lagi. Masa ini kalau dilihat pada dinding media sosial seperti facebook mahupun twitter, memang penuh dengan ucapan selamat hari bapa.


Tiada salahnya dengan ucapan. Malah, ia menunjukkan betapa kita prihatin, peka dan menghargai bapa sempena hari yang berbahagia itu. 

Namun, yang pelik dan lucunya, ada yang bukan main 'soleh' dan 'solehah' dengan ucapan panjang mendayu-dayu untuk bapa mereka.

Walhal, ia hanyalah berlangsung di media sosial. Bukan main dengan ucapan ini dan itu namun di dunia nyata, sepatah ucapan pun tak sampaikan pada si bapa.

"Sayang ayah!"

"Bapa terbaik di dunia"

Sedangkan, bapa anda sedang sibuk bekerja atau menonton TV tanpa sedikit pun tahu anda telah menyampaikan ucapan 'kasih sayang' di facebook untuknya. Lucu, bukan?


(Sumber foto: Ny Times)


Ini bukan sekali dua terjadi, gejala 'propa' di media sosial ini seakan-akan penyakit yang semakin menular di kalangan masyarakat.

Tunjuk baik di hadapan orang, bagaikan pijak semut pun tak mati, namun bila di belakang, dialah segalanya-galanya. Menengking, memberontak, dan meninggi suara dengan bapanya. 

(Sumber foto: Just Energy)


Masalah ini haruslah ditangani segera. Aplikasikan ucapan secara lisan kepada bapa. Biarkan bapa anda merasai ucapan yang telus dari hati. Jika anda segan, bolehlah tuliskan dalam bentuk kad ucapan atau hantarkan pesanan ringkas. Dan bukannya menunjukkan pada dunia bahawa andalah anak terbaik. 

Ia berbalik pada hati dan juga niat anda itu sendiri. Jika anda rasakan ia sudah lari dari landasannya dan bukan lagi maksud yang sebenar, segeralah berubah. Jom sayangi bapa anda. Ekspresikan kasih sayang anda. Anda pasti bahagia! -CARI Infonet

22

Bagus
28

Marah
26

Terkejut
13

Sedih
21

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote seramado 30-6-2015 07:05 PM
bosan dgn status propa mcm ni kat fb la
Quote giyomi 26-6-2015 05:50 PM
sambut hari bapa haram gak kew
Quote diane_dian 24-6-2015 04:01 PM
selalu gak wish kat mama kt fb sebab mama active on fb.
tapi dekat arwah baba most of the time depan2.. tp nnt syahduuu..
Quote bebba 24-6-2015 07:02 AM
selalu wish kat group whatsapp family.. ayah takde social network.. bimbo je kalo wish beria tapi ayah taktau ;P
Quote clarizsa 23-6-2015 09:17 PM
Itu pun jd hal.... aptb
Quote helmeita 23-6-2015 08:14 AM
aku pernah juga cakap.... bukan aku propa... tapi ayah aku dah meninggal dunia.... luahan rasa.... masa time tu terfelling lebih.. hahah hahaha hahaha
Quote devilito2 23-6-2015 07:25 AM
biasa la... sekarang dunia di alam maya...
Quote nist02 22-6-2015 10:23 PM
Allah je la yg maha mengetahui la kan... hehehe... hipokrit juga kot.. bkn propa aja.. apa pun.. " Selamat Hari Bapa" buat warga cari forum..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.023283 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top