CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kembalikan Nostalgia Zaman Kanak-Kanak (70an,80an, 90an)

23-6-2015 05:25 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 23219| Komen: 8

Description: Setiap manusia pasti mempunyai sejarah hidup tersendiri dan yang paling sukar dilupakan pastinya kenangan pahit manis ketika di zaman kanak-kanak "ribena" dulu....

Oleh : Dean BZ

Setiap manusia pasti mempunyai sejarah hidup tersendiri dan yang paling sukar dilupakan pastinya kenangan pahit manis ketika di zaman kanak-kanak "ribena" dulu. Era 70an, 80an dan 90an merupakan zaman dimana kelompok generasi X dan Y mula membesar.  Golongan generasi ini pasti merasai pengalaman yang cukup indah kerana generasi X dan Y berada dalam transformasi kemodenan.  Pada masa tu, kamera pun masih menggunakan filem. Tak macam sekarang, semuanya digital dan serba canggih.

Jom kita imbau kembali antara nostalgia di zaman kanak-kanak dulu agar ia tidak hilang ditelan zaman. Siapa tak tahu apa yang dikongsi dekat bawah ni maknanya dia dalam kelompok generasi Z, yang mana lahir tahun 1997 hingga sekarang. Dalam kata lain, lahir-lahir je dah ada telefon bimbit dan serba moden.


Mandi Sungai secara berkumpulan adalah aktiviti wajib setiap minggu. Terjun tiruk pun adalah acara wajib, semua acah-acah Pandelela Rinong.

Sumber foto : www.wwf.or.id


Biskut kapal terbang ni memang sedap, rasa pedas-pedas manis.

Sumber foto : cuitskit.blogspot.com


Gula-gula cap udang ni memang popular zaman dulu, rasanya sangatlah sedap. Pembalut sebelah dalam pun boleh makan sekali, cair dimulut

Sumber foto : ujie.com


Siapa pernah main Tikam-Tikam? Memang susah la nak luck... Asyik dapat kat orang lain je

Sumber foto : ditelanzaman.blogspot.com


Minyak rambut Poken memang kegilaan remaja suatu ketika dulu. Bila dah sapu, rambut kena ribut pun belum tentu gerak. Memang keras!

Sumber foto : koleksioldskool.blogspot.com


Pen ini adalah pen kegemaran ketika waktu sekolah dulu. RM0.40 je sebatang

Sumber foto : aanie.blogspot.com



Lastik burung adalah aktiviti paling seronok, cuma perlu bawa batu jalan sebagai "peluru". Sekali sekala terlastik sarang tebuan, lari ke sungai lah jawabnya menyelamatkan diri.

Sumber foto : brahimnyior.blogspot.com



Jet Kertas  biasa nya dimainkan didalam kelas ketika guru sedang mesyuarat atau setelah habis peperiksaan. Sekali kantoi, satu kelas kena denda. haha

Sumber foto : i.ytimg.com



Telefon Awam merupakan penghubung utama sebelum kemunculan telefon bimbit. Memang beratur panjanglah kalau nak telefon, nak-nak waktu malam katanya kadar cas murah sikit. Sekarang ia terbiar dan berkarat sebab semua dah pakai telefon bimbit.

Sumber foto : mycuteshoppe.blogspot.com




Dulu nak dengar lagu guna kaset ni lah. Dalam satu kaset adalah dalam 10 ke 15 lagu. Sekarang semua masuk dalam memory card je, boleh muat beratus lagu.

Sumber foto : myinidiaiskandar.blogspot.com



Pasti ada yang tengah tersenyum mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu kan. Jika anda mempunyai kenangan lain yang mungkin penulis terlupa kongsi, jom kongsi disini. Jangan biarkan kenangan pahit manis anda terkubur..... begitu saja - CARI Infonet.


39

Bagus
24

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nazeem83 15-8-2015 11:20 PM
http://1.bp.blogspot.com/_mwVscVDofyc/TOc8vwwWXmI/AAAAAAAADeM/yyIxWNx0Wu4/s1600/P9060030.JPG telefon awm zaman aku... warna oren... nostalgik..
Quote jejai 26-6-2015 02:02 AM
ada lagi satu minyak rambut yang pemes dulu.. tancho ni.. hakhak

[img]http://ecx.images-amazon.com/images/I/31RrEoYtlRL.jpg[/img]
Quote keraklak 24-6-2015 04:58 PM
main kat parit. ambil tudung saji...konon2 tangkap ikan. berudu je yg dapat.
main patung kertas. kepala asyik putus je...beli lain..
main galah panjang...kat tiang sekolah.
main masak2...
Quote diane_dian 24-6-2015 04:00 PM
gula-gula tu sekarang mahal da.
Quote comel91 24-6-2015 02:47 PM
Minyak poken knp teruk sangat nme.. huhu x pnh dgr.. and pen tu harga berapa eh.. dulu masa sekolah pen tu harga rm1
Quote hani2103 24-6-2015 08:41 AM
antara  perkara yg best masa dulu2 tu. ...aktiviti panjat pokok.....tak kisah la pokok apa....musim buah lg best...pokok rambutan, manggis, jambu, langsat,.....paling best gi panjat pokok orang....nanti tuannya nampak ...habis lari...n terus terjun mandi sungai...
atau terkena pokok yg banyak kerengga warna merah2  tu @ yg ada sarang tebuan...kalau kena gigit masak la badan....
Quote boyagombak 23-6-2015 11:34 PM
Malam2 terutamanya di bulan puasa hari2 budak2 main macam2 game selain main meriam buloh dam mercun. Walaupun kg xder letrik gulap gelita namun setiap ceruk belukar dh dihafal. Boleh pulak berlari2an selamber badak dlm gelap. Selalu la ada pulak eksiden terlanggar org naik beskal atas jalan masa tgh berhambat2an tapi stkt beskal xderlah cedera teruk. Maklumlah mana ada org mampu lg pakai mutor,keta patahlagi. Klau dpt beli beskal brand Raleight tu pun dh kira org senanglah. Kalau ada kenduri ken ...
Quote boyagombak 23-6-2015 11:19 PM
Paling best main game Police Sentri waktu sekolah. Habes anak dara yg join team lawan dikejar2, dipelok2,ditepok2 belakang sebagai tanda dpt ditawan. Seb bek belum akil baligh lagi xder la rasa ghau ghau. Budak2 skrg ada main tak lg

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.038930 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top