CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Jururawat Cemar Titisan Iv Dijel Seumur Hidup

11-11-2021 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1427| Komen: 4

Seorang bekas jururawat di Jepun yang membunuh tiga pesakit dengan mencemarkan titisan intravena mereka dengan disinfektan (bahan penyahjangkit) dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat, pada Selasa oleh mahkamah Jepun, lapor media tempatan.


Ketika perbicaraan, Ayumi Kuboki, 34, mengaku membunuh pesakit berusia 70-an dan 80-an, lima tahun lalu dalam kes yang menggemparkan negara berkenaan.



Kuboki sebelum ini memberitahu polis dia mungkin membunuh 20 individu dalam tempoh dua bulan.

Tetapi ketika perbicaraan, wanita itu memaklumkan kepada pendakwa raya bahawa dia tidak boleh mengulas mengenai perkara terbabit.


Hakim yang mengetuai mahkamah daerah Yokohama berkata, beliau mempertimbangkan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Kuboki, lapor penyiar awam NHK.

"Tertuduh mengaku menyesal (tindakannya) dan mahu menebus kesilapannya. Ada kemungkinan dia akan berubah dan saya tidak dapat mengelak daripada teragak-agak memilih hukuman mati," kata hakim itu.


Gambar hiasan

Pegawai mahkamah bagaimanapun tidak dapat memberikan komen pada petang Selasa.

Lebih 100 banduan di Jepun sedang menunggu hukuman mati.

Jepun juga satu daripada beberapa negara maju yang masih mengenakan hukuman mati kepada pesalah.

Pendakwa raya yang memohon hukuman mati dikenakan kepada Kuboki, namun peguam jururawat dalam hujah balasnya memberitahu anak guamnya mengalami kemurungan akibat tekanan kerana kematian pesakitnya.

Kuboki memberitahu mahkamah dia tidak mahu dipersalahkan oleh ahli keluarga apabila sesuatu yang tidak kena berlaku kepada pesakitnya ketika dia berada dalam syifnya dan berasa 'lega' apabila salah seorang mangsa meninggal dunia, kata NHK.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 11-11-2021 04:52 PM
Sebab ko tak nak disalahkan, ko jadik malaikat maut la?
Quote makneng 11-11-2021 05:59 PM
Dia ada dengar suara dlm kepala dia ke suruh bunuh pesakit2 tu semua? Aiyoooo...neves lah..
Quote Carcosa 11-11-2021 09:44 PM
Tukar profession lah acik Nipon oi, kalau tak tahan stress. Cuba kau kerje kedai sushi. Mesti takde org nak salahkan ko kalau apak atau makdia mati dekat spital
Quote Cik_jantung 12-11-2021 11:10 AM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:13 PM

..........

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057470 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top