View: 658|Reply: 4
|
Bekas Jururawat Cemar Titisan Iv Dijel Seumur Hidup
[Copy link]
|
|
Seorang bekas jururawat di Jepun yang membunuh tiga pesakit dengan mencemarkan titisan intravena mereka dengan disinfektan (bahan penyahjangkit) dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat, pada Selasa oleh mahkamah Jepun, lapor media tempatan.
Ketika perbicaraan, Ayumi Kuboki, 34, mengaku membunuh pesakit berusia 70-an dan 80-an, lima tahun lalu dalam kes yang menggemparkan negara berkenaan.
Kuboki sebelum ini memberitahu polis dia mungkin membunuh 20 individu dalam tempoh dua bulan.
Tetapi ketika perbicaraan, wanita itu memaklumkan kepada pendakwa raya bahawa dia tidak boleh mengulas mengenai perkara terbabit.
Hakim yang mengetuai mahkamah daerah Yokohama berkata, beliau mempertimbangkan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Kuboki, lapor penyiar awam NHK.
"Tertuduh mengaku menyesal (tindakannya) dan mahu menebus kesilapannya. Ada kemungkinan dia akan berubah dan saya tidak dapat mengelak daripada teragak-agak memilih hukuman mati," kata hakim itu.
Gambar hiasan
Pegawai mahkamah bagaimanapun tidak dapat memberikan komen pada petang Selasa.
Lebih 100 banduan di Jepun sedang menunggu hukuman mati.
Jepun juga satu daripada beberapa negara maju yang masih mengenakan hukuman mati kepada pesalah.
Pendakwa raya yang memohon hukuman mati dikenakan kepada Kuboki, namun peguam jururawat dalam hujah balasnya memberitahu anak guamnya mengalami kemurungan akibat tekanan kerana kematian pesakitnya.
Kuboki memberitahu mahkamah dia tidak mahu dipersalahkan oleh ahli keluarga apabila sesuatu yang tidak kena berlaku kepada pesakitnya ketika dia berada dalam syifnya dan berasa 'lega' apabila salah seorang mangsa meninggal dunia, kata NHK.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ko tak nak disalahkan, ko jadik malaikat maut la? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada dengar suara dlm kepala dia ke suruh bunuh pesakit2 tu semua? Aiyoooo...neves lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar profession lah acik Nipon oi, kalau tak tahan stress. Cuba kau kerje kedai sushi. Mesti takde org nak salahkan ko kalau apak atau makdia mati dekat spital |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:13 PM
.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|