CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Kelar Anak Sebab Berebut Siaran TV

11-11-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1318| Komen: 4

Hulu Selangor: Seorang lelaki warga emas yang mengelar leher anak sendiri selepas dikatakan bertengkar kerana berebut siaran televisyen di Ulu Bernam, dekat sini pada 3 November lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini atas tuduhan membunuh.


S Krisman, 72, dihadapkan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Foto: Berita Harian

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh anak lelakinya, K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi, 3 November lalu. Sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala tertuduh diwakili peguam, Dr Vasu Appu. Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. -CARI

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 11-11-2021 09:48 AM
Kul 11 pagi ada drama Tamil yg best ke smpi sanggup kelar anak sbb berebut nk tgk TV. Dh la sehari sblm Raya tu
Quote Kurex 11-11-2021 12:09 PM
Dapnyehhhh abg polis dekat belakang belah kiri tu... Nak main gari2
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 05:00 PM
Ada cerita padayappa keee time tu sampai berebut tv?
Quote missus_meow 11-11-2021 05:12 PM
best sgtke rancangan tv tu sampai berbunuhan ....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.082359 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top