CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Manusia Pupus, Jalan Lengang, Rumah Kosong- Lelaki Rakam Video Pada Tahun 2027

11-11-2021 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1875| Komen: 5

Description: Sepanyol– Seorang lelaki yang mendakwa bahawa dia berada pada tahun 2027 mendedahkan sebuah video yang menunjukkan keadaan lengang pusat bandar Barcelona disebabkan ‘malapetaka yang amat dahsyat’, ...
Sepanyol– Seorang lelaki yang mendakwa bahawa dia berada pada tahun 2027 mendedahkan sebuah video yang menunjukkan keadaan lengang pusat bandar Barcelona disebabkan ‘malapetaka yang amat dahsyat’, lapor akhbar Daily Star.


Javier, yang mempunyai sehingga 6.5 juta pengikut di akaun TikTok @unicosobreviviente mendakwa bahawa makhluk asing akan menakluki dunia dalam masa terdekat, sekali gus mengakibatkan ramai umat manusia pupus.

Dia yang dikatakan berada pada tahun 2027 mendakwa masih hidup dan mempunyai sambungan internet untuk berkongsi video tersebut dengan para pengikutnya.

Foto: Tiktok

Menerusi video yang didakwa dirakam di Barcelona, jalan-jalan raya dilihat lengang selain bangunan-bangunan turut kosong.


Meskipun terdapat kenderaan-kenderaan yang diparkir di tepi jalan dan burung-burung turut terbang, tiada seorang pun manusia dilihat berada di dalam video itu.

Walaupun terdapat sebilangan pengikutnya yang percaya akan ketulenan video tersebut, terdapat juga yang mempersoalkan keasliannya dengan mendakwa bahawa video itu berkemungkinan dirakam ketika pelaksanaan perintah berkurung Covid-19.

Video itu setakat ini telah menerima lebih dua juta tontonan dengan beribu-ribu komen daripada netizen.

“Cuba anda lakukan penstriman langsung di sebuah kawasan yang kebiasannya sesak dengan orang ramai untuk membuktikan bahawa anda benar-benar berada pada tahun 2027,” kata seorang pengguna.

“Dari mana anda mendapatkan sambungan internet?” soal seorang netizen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayah8989 11-11-2021 10:37 AM
Mcm dalam movie dahhhhh
Quote Decaffeinated 11-11-2021 11:02 AM
Edited by Decaffeinated at 11-11-2021 11:23 AM

thread dah ada

https://b.cari.com.my/forum.php? ... 4350&extra=page%3D1


Quote MakareyumSuciey 11-11-2021 11:12 AM
Satu jer kelemahan org ni...suruh buat live tp dia tak buat2....jd tak pasti kesahihan video dia
Quote darkness 11-11-2021 11:41 AM
Kut2 dia jugak yang buat maintenance internet dia tu org sewel ja purcaya apa attention seeker ni buat
Quote Skuau 11-11-2021 12:11 PM
hang mai taun 2021 ni...sepatutnya boleh kayo...segala 'keputusan judi,saham'....hang dh tgk/tau.('back to the future ll')

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.044538 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top