CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Karen Dior Buat Hal Lagi, Jalan-Jalan Dengan Kawan Tak Pakai Mask

11-11-2021 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3567| Komen: 31

Description: Petaling Jaya – Wanita warga asing yang sebelum ini tular kerana enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah sekali lagi mencuri perhatian pengguna media sosial selepas dikesan mengulangi ...
Petaling Jaya – Wanita warga asing yang sebelum ini tular kerana enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah sekali lagi mencuri perhatian pengguna media sosial selepas dikesan mengulangi kesalahan sama.


Menerusi video berdurasi enam saat yang dikongsi seorang pengguna Twitter, memaparkan wanita tersebut yang digelar ‘Karen’ berjalan bersama dua lagi individu lain tanpa memakai pelitup muka.


Foto: Twitter

“Mesti seronok jadi kaya dan ada berhak untuk rasa anda mengatasi undang-undang.

“Selain itu, apa yang berlaku apabila anda telah didenda sekali tetapi terus mengabaikan SOP (prosedur operasi standard) di Bangsar dan Damas? Mengapakah dia dikecualikan daripada peraturan yang sama yang dikenakan kepada orang lain?,” kata pengirim video itu.


Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial berang dengan tindakan wanita tersebut dan menggesa pihak berkuasa untuk bersifat lebih tegas terhadap wanita tersebut.

“Kecewa sangat-sangat kalau dia tak kena hukuman berat. Terang-terang perlekeh peraturan yang ditetapkan,” kata Nigel.

“Tunggu juga adakah hidup wanita ini akan dirumitkan sama seperti individu yang enggan divaksin? Harap tak ada ‘double standard’,” kata Rayyan.

“Teringat awal-awal Covid-19 dulu ada adik tu menangis kena saman sebab turunkan pelitup muka dekat stesen KTM!,” kata Shila.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan wanita tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 atas kesalahan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 di butik Dior Suria Kuala Lumpur (KLCC) Oktober lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 11-11-2021 09:38 AM
Revoke saja lah visa dia.... Hantar balik degil sangat.... I tidak rasa dia ada PR mahu dapat PR di malaysia perlu fluent bahasa...
Quote Firenzza 11-11-2021 10:15 AM
Dwdrum replied at 11-11-2021 09:38 AM
Revoke saja lah visa dia.... Hantar balik degil sangat.... I tidak rasa dia ada PR mahu dapat PR di  ...

Iols pernah jumpa ada 1 bangla tp bukan bangla beshe2 keja pam minyak, duk kt sini berpuluh tahun ckp melayu sepatah haram x pndai tp dpt ic merah.....
Quote kasibiman 11-11-2021 11:09 AM
Tangkap Dan tibai je dlm lokap.

Dah mmg dia Pon tuduh harassment bagaikan.

Send LHDN, DbKL, JPJ kacau dia dgn segala mcm saman dan yuran sekali
Quote Adrif 11-11-2021 11:21 AM
dia ni geng tak percaya covid kan?

dok percaya covid ni rekaan kerajaan untuk control rakyat

dok meratib nak freedom, nak freedom, acah terpaling ditindas

cuba cakap ayat sama depan ahli keluarga yang hilang orang tersayang sebab covid.
beratus, beribu orang mati pun masih tak percaya ada virus pembunuh di Bumi sekarang ni
Quote shamsadis 11-11-2021 12:32 PM
pihak berkuasa hanya berani kepada orang Melayu sahaja
Quote Artemesiaa 11-11-2021 12:37 PM
shamsadis replied at 11-11-2021 12:32 PM
pihak berkuasa hanya berani kepada orang Melayu sahaja

Kannn tapi itulah realitinya sekarang.  
Quote hyie 11-11-2021 12:40 PM
sah2 sheols geng rapat sedara bauksit...tengok je video sheols nyanyi hepi birthday masa besday sedara bauksit...tak pastilah adik ke sepupu dia entah...berani ke nak tangkap bagai? kabel kuat ok. Why bother kata si karen dior sambil flip hair girtuhh
Quote Dwdrum 11-11-2021 12:42 PM
Firenzza replied at 10-11-2021 06:15 PM
Iols pernah jumpa ada 1 bangla tp bukan bangla beshe2 keja pam minyak, duk kt sini berpuluh tahun  ...

Bagaimana dia senang dapat... Daddy aku 2 kali interview dengan police before depa issue PR ada lagi requirement depa minta.. Lulus bahasa paling penting... Or i assume dia naturalize under mm2h selepas expiration 10 years visa
Quote naina 11-11-2021 12:54 PM
Buat macam Turki tu je hantar balik rakyat Syria yang perlekeh kan ummah Turki. Perli2.
Tapi berani je kerajaan Malaysia kita ni. Gomen kita berani dengan rakyat sendiri je. Dengan orang asing kecut. Rohingya pun tak hantar balik. yihhhh
Quote prettyuglybabe 11-11-2021 02:21 PM
ummah junjungan forum kan
Quote liton 11-11-2021 02:32 PM
Omputih kannnn...sbb tu biar jer. Cuba ummah berkerak low class...cepat jer ambil tindakan beserta hencapan 1 Malaysia.

Omputih & ereb ni junjungan rakyat.
Quote doubleharmonic 11-11-2021 03:14 PM
eh babi. ko kalo tak nak pakai mask mohon jalan2 dalam kandang babi jah. dah la nyanyi hepi beday hauk gegeh nak soprano tapi bunyi  macam babi tercekik jahh
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 04:55 PM
Ummah yang disanjungi malayaaaaa
Mentaliti dijajah still adaaaa
Quote achinto 11-11-2021 05:49 PM
kabel kuat ni. kabel bauksit
Quote sharlenetexas 11-11-2021 05:50 PM
Masalah mental lagi?

Quote missus_meow 11-11-2021 06:59 PM
tak kene ape2 tindakan ke ... kayangan sungguh ....
Quote dani-rox 11-11-2021 07:07 PM
BFF kerabat boksit, opkoslah kebal kan.
Quote krustykrab 11-11-2021 07:12 PM
Awat la gomen ni bengap sgt..htg balik je la negara dia..kalau kt rakyat msia kemain garang
Quote mohamad134 11-11-2021 07:36 PM
Edited by mohamad134 at 11-11-2021 07:39 PM

pertama kali masuk thread yang tak ada nick berwarna merah

selalu kalau scroll ke bawah dah boleh nampak red highlighted nick yg reply dulu..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059276 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top