Ibu mentua kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Dewi Zuhriati mendedahkan ramai pihak tampil menyatakan hasrat untuk menjadikan cucunya Gala Sky Andriansyah sebagai anak angkat.
Ibu Febri Andiansyah ini bagaimanapun berkata dia menolak tawaran tersebut kerana mahu membesarkan sendiri cucu lelakinya itu. "InsyaAllah kita sanggup membesarkan Gala, kami akan mengasuhnya hingga dia dewasa. “InsyaAllah sampai maut kami menjemput, Gala akan bersama kami," kata Dewi seperti dilapor portal Tabloid. Dalam pada, Dewi berkata semua harta peninggalan dan wang simpanan milik arwah dan suami akan digunakan untuk masa depan Gala.
"Kita sangat berterima kasih dengan orang ramai yang bersimpati dengan cucu saya. "Seandainya ada peninggalan (harta) dari arwah ibu dan ayahnya, kita akan guna untuk tabungan masa depan Gala... semua orang sayang Gala," ujarnya. Sementara itu, bapa Vanessa iaitu Doddy Sudrajat meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mengambil kesempatan menjadikan Gala sebagai konten media sosial. Justeru itu, dia memohon orang ramai tidak lagi memuat naik foto atau video Gala tanpa kebenaran. "Saya mohon jangan eksploitasi anak kami. Saya tidak ingin anak dan cucu menjadi sorotan kamera dan media. Dia masih belum tahu apa-apa," katanya. Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. -CARI Sumber: mStar Online
|
ADVERTISEMENT