Penduduk yang tinggal di Jalan Pelantar, Pantai Remis gempar apabila lelaki warga Myanmar tiba-tiba mengamuk dan mencederakan diri sendiri sehingga parah pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, Balai Polis Pantai Remis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 10 pagi memaklumkan terdapat seorang lelaki mengamuk di sebuah rumah berdekatan dengan sebuah tokong berhampiran dengan kilang ikan di situ. “Suspek berumur 37 tahun, bekerja sebagai nelayan dikatakan sedang mengamuk, membaling batu, memecahkan cermin rumah serta bertindak agresif sambil memegang besi dan mencederakan dirinya sendiri,” katanya.
Menurut Nor Omar, suspek berjaya ditangkap dengan bantuan pihak bomba menggunakan pancutan air dan pemeriksaan mendapati lelaki itu tiada dokumen perjalanan yang sah. Jelasnya, suspek dibawa ke Klinik Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan lanjut dan didapati mengalami kecederaan parah di bahagian pergelangan tangan kanan. “Buat masa ini, kes disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun atau denda maksimum RM10,000 dan boleh dikenakan sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu,” jelasnya. Menurut beliau, setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti dan polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada majikan dan rakannya. Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya yang tiba di tempat kejadian mendapati seorang lelaki mengamuk di rumah sewanya di tingkat dua dengan memegang sebilah parang. “Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis kemudian membuat semburan air terhadap lelaki itu bagi memudahkan operasi penangkapan dilakukan oleh pasukan polis,” katanya. Beliau memberitahu operasi diketuai Komander Operasi Mohd Akmal Hussin itu tamat sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
kelapaparut replied at 9-11-2021 04:18 PM
nak kate rohingya, tp putih..
ADVERTISEMENT