|
Pemilik restoran terapung yang terbabit dalam isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, diberi masa lima hari untuk membuat penjelasan mengenai kos operasinya.
Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, penjelasan itu perlu diberikan sebelum 11 November. "KPDNHEP mengeluarkan notis kepada pemilik restoran berkenaan ketika tinjauan pegawai KPDNHEP pada 5 November. Penjelasan perlu diberikan pemilik restoran sebelum 11 November ini.
"Segala maklumat yang diberikan akan dianalisis mengikut kaedah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. "Antara keterangan yang diperlukan termasuk penyata kewangan syarikat selama tiga tahun dan harga-harga hidangan lain," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin. Mengulas lanjut, Mohd Shahran berkata, kes itu diklasifikasi sebagai dalam siasatan. Beliau dalam pada itu menjelaskan, notis itu bagaimanapun tidak bermakna pemilik restoran terbabit sudah melakukan kesalahan. Beberapa hari lepas tular mengenai kumpulan pelancong yang mendakwa dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan mereka. Namun pemilik restoran menegaskan ikan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung pengunjung restoran, malah harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu. Sumber: AWANI
|
winkwink
.. tanpa ada isu
) tetapi charge harga seperti tempat hotel ekslusif tempat jutawan-jutawan makan kan, dengan piring2 semua berkilat disalut emas takkan restoran spt kandang pun charge spt itu
... rasanya itu pun ada benarnya jugak..
.. maka cadangan ada sistem diletak di setiap restoran diseluruh negara untuk kenal price range jualan restoran itu ada baiknya...
kedai kau kalau herlok mmg auto org tau mahal mcm hotel tuh..ini konsep kedai mcm kedai pelarian motif mahal ?? makan king crab pon tak semahal itu 
watie79 replied at 9-11-2021 11:24 AM
yeayyy...padan muka muka tokei kedai kedai kau kalau herlok mmg auto org tau mahal mcm hotel t ...
jahcomel replied at 9-11-2021 11:27 AM
kerusi plastik pinggan plastik jug plastik...rege makann yahudi


ADVERTISEMENT