Oleh : LOO TUNG SEANG Article Diterbitkan : 22 Jun 2015 sumber foto : http://www.gamebreaker.tv/
Filem Blockbuster “Batman v Superman : Dawn of Justice”, terbitan studio perfileman Hollywood yang dikenali ramai iaitu Warner Brothers bakal menemui penonton di pawagam seluruh dunia pada tahun 2016.
Namun menerusi filem ini selain dapat menyaksikan adegan pertarungan antara Batman dengan Superman yang sememangnya dinanti-nantikan, kita juga dapat lihat ‘Batmobile Tumbler’ yang terbaru iaitu kereta seperjuangan Batman di layar perak.
sumber foto: www.worldcarfans.com Sempena majlis Ekspo Pelesenan Jenama yang berlangsung di Las Vegas baru-baru ini, Warner Brothers Studio telah membuat pengumuman secara terperinci aspek teknikal mengenai ‘Batmobile Tumbler’ yang terbaru. sumber foto: www.worldcarfans.com Para pengunjung turut berpeluang melihat dengan lebih dekat kehebatan kereta tersebut. sumber foto: www.worldcarfans.com Kali ini, ‘Batmobile Tumbler’ yang direka khas itu kelihatan cukup mengkagumkan dengan panjangnya 6 meter, lebarnya 3.7 meter, keseluruhan kereta dipasang dengan jenis besi ‘armor’ yang tebal. sumber foto: www.worldcarfans.com Selain memiliki reka bentuk yang mantap, kereta tersebut juga dilengkapi dengan sistem pertahanan yang sempurna. sumber foto: www.worldcarfans.com Di kedua-dua bahagian sisi kereta telah dilengkapi dua pucuk merium yang mudah alih dan berkaliber yang berukuran 50 mm, sistem pencegahan kawalan secara automatic dan sisitem anti peluru berpandu. sumber foto: www.worldcarfans.com Yang paling istimewa, kereta tersebut memiliki keupayaan ‘stealth’ atau menghilangkan diri. Kereta Batman tersebut seberat 3.2 tan dengan enjin yang memuatkan 5.7 liter petrol jenis V8 dan memiliki 500 kuasa kuda. sumber foto: www.worldcarfans.com Selain itu kelajuan seratus kilometer boleh dicapai dalam masa 6 saat, manakala kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga 330 km/jam. sumber foto: www.worldcarfans.com Walaupun ia hanya sebuah kereta seperjuangan Batman, tetapi dalaman kereta tersebut tetap dilengkapi dengan sistem hawa dingin, kerusinya dibaluti dengan kulit asli, sistem GPS dan mempunyai kemudahan ‘mirrors head’. Segala kelengkapan tersebut bersesuaian dengan watak Batman yang merupakan seorang jutawan yang bergaya. sumber foto: www.worldcarfans.com Dalam pada itu, harga permulaan ‘Batmobile Tumbler’ generasi sebelum ini yang dilelongkan di Dubai Used Car Auction difahamkan bernilai 1 juta US Dollar. Bagi mereka yang ingin menyaksikan kehebatan kereta seperjuangan Batman yang terbaru itu, kenalah sabar menunggu tayangan filem Batman v Superman : Dawn of Justice pada tahun 2016. - CARI Infonet |
17
Bagus |
24
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT