CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Mampu Bawa Ke Hospital, Sebulan Anak Tak Boleh Makan Tertelan Syiling

8-11-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1420| Komen: 2

Selepas sebulan tertelan duit syiling bernilai 1,000 rupiah, seorang kanak-kanak berusia enam tahun akhirnya menarik nafas lega selepas objek itu berjaya dikeluarkan.


Kanak-kanak dikenali sebagai Fatan Almaisan Zein di Brebes, Jawa Tengah itu terpaksa menahan ketidakselesaan dalam tempoh lama selepas tertelan syiling berkenaan kerana ibu bapanya tidak mampu membawanya ke hospital.


Ibu Fatan, Erna menunjukkan gambar anaknya di rumah mereka di Brebes, Jawa Tengah.

Dalam tempoh tersebut, syiling yang tersekat pada bahagian tekaknya menyebabkan Fatan tidak mampu menelan makanan dan hanya terbaring lesu.


Kanak-kanak lelaki itu menjalani proses mengeluarkan syiling di Hospital Umum Pusat Kariadi Semarang.

Ibunya, Erna, menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan keadaan tersebut.

“Alhamdulillah, semuanya sudah baik. Duit syiling itu sudah dikeluarkan dan Fatan kini semakin sihat.

“Dia juga sudah tersenyum, tidak lagi lesu seperti sebelum ini,” katanya.

Jelas wanita itu, anaknya menjalani prosedur yang ringkas tanpa menjalani pembedahan.

Fatan tidak sengaja tertelan syiling itu ketika bermain di rumahnya dan akibat kesempitan hidup, ibu bapanya hanya mampu membawanya ke klinik desa yang tidak mempunyai kelengkapan lengkap.

Namun, doktor memberitahu, syiling itu tidak menyekat saluran pernafasan Fatan.

Nasib kanak-kanak itu mendapat perhatian pihak berkuasa selepas kisahnya tular dalam media sosial.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 8-11-2021 03:58 PM
gila mak pak dia...sebulan tu biaq...pinjam lh ah long ka boss ka...jiran ka..
Quote supermum 8-11-2021 04:22 PM
Nasib baik takde infection or keracunan besi ke amenda

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055991 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top