Belum lagi dilancarkan secara rasmi namun dikhabarkan promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan pelakon popular, Nora Danish telah menerima kecaman hebat daripada warganet. Hah kenapa pula? Difahamkan warganet mengecam pemilihan duta itu yang dikatakan tidak sesuai dengan jenama tudung berkenaan sedangkan Nora seorang yang "free hair" dan sering berimej seksi. Menjawab mengenai kecaman itu, isteri kepada Mohamad Nedim Nazri tersebut mengakui bahawa dia sudah pun imun dan kebal dengan segala kecaman daripada warganet, lapor Siakap Keli. “Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya. “Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung. “Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu. Bagi ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, baginya seksi itu bersifat subjektif. “Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah. “Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua. “Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.
|
Cik_jantung replied at 6-11-2021 12:23 PM
Sebab Nora pun dh nampak tua kot...
Normabaru replied at 6-11-2021 12:31 PM
Dr ko amik ND.. Baikla ko amik omputih sexy tu.. Sah2 for fashion purpose only..
Kesian tgk muslim ...
jajahoney replied at 6-11-2021 02:27 PM
hak ah kan..berapa dah umur sheols?
trexxxxxi replied at 6-11-2021 12:19 PM
Make-up dia burokkkkk
Sapa make-up sheol nehhhh
Keras kejung macam sheol pi botox pulak
Normabaru replied at 6-11-2021 12:31 PM
Dr ko amik ND.. Baikla ko amik omputih sexy tu.. Sah2 for fashion purpose only..
Kesian tgk muslim ...
dudaberhias replied at 6-11-2021 03:01 PM
kannn... kurang2 kalau model omputih tu herlokkk tertarik jugak nak tengok tudung tu...ni sekali m ...
ADVERTISEMENT