View: 9436|Reply: 122
|
Nora Danish Dipilih Jadi Duta Kempen Tudung Bawal, Tak Kisah Dikecam Warganet
[Copy link]
|
|
Belum lagi dilancarkan secara rasmi namun dikhabarkan promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan pelakon popular, Nora Danish telah menerima kecaman hebat daripada warganet. Hah kenapa pula?
Difahamkan warganet mengecam pemilihan duta itu yang dikatakan tidak sesuai dengan jenama tudung berkenaan sedangkan Nora seorang yang "free hair" dan sering berimej seksi.
Menjawab mengenai kecaman itu, isteri kepada Mohamad Nedim Nazri tersebut mengakui bahawa dia sudah pun imun dan kebal dengan segala kecaman daripada warganet, lapor Siakap Keli.
“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.
“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.
“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.
Bagi ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, baginya seksi itu bersifat subjektif.
“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.
“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.
“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.
Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, walau bagaimanapun mengakui tidak mahu larut dengan hal yang negatif.
“Saya memang kebal bab kecaman ini. Saya tak baca mana mana komen atau blog yang menghentam atau cari silap.
“Kalau saya tahu pun cerita ini daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Ia seperti menghabiskan tenaga untuk perkara tak perlu.
“Malah saya pada satu tahap tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya.
Dalam pada itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ menyatakan bahawa keputusannya untuk memilih Nora dalam mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat.
“Hari pertama ketika Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi pun memang ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan negatif.
“Ada di kalangan peminat bertanyakan kenapa saya perlu pilih Nora kerana tak sesuai penampilan sebenarnya dengan tudung dipakai.
“Saya di maklumkan oleh tim saya sehingga kan ada yang nak boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. Pada saya, lebih gemar untuk memandang sesuatu perkara itu pada sudut yang positif. Ada juga yang suka dengan pemilihannya sebagai wajah kempen. Stokis dan agen pun suka sebab Nora sendiri punyai ramai pengikut di Instagram,” katanya.
Beliau turut berkata bahawa pemilihan Nora yang berwajah lembut dan manis sekaligus kena dengan konsep bunga pada rekaan tudungnya.
Tapi Nora memang cantik pun kalau bertudung kan! Doa kan yang baik-baik sajalah. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm xsesuai dia jd model tudung. tak kena dgn muka dia bertudung bawal bercorak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 09:28 PM
........... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 09:27 PM
.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sesuai jadi modal tudung. Yang cantik bila bertudung ungkasha jer |
|
|
|
|
|
|
|
hak ah kan..berapa dah umur sheols?
|
|
|
|
|
|
|
|
sape make up
nampak garang |
|
|
|
|
|
|
|
Nope tak sesuai
Aku tgk emma maembang cantik sgt jd duta tudung |
|
|
|
|
|
|
|
Dr ko amik ND.. Baikla ko amik omputih sexy tu.. Sah2 for fashion purpose only..
Kesian tgk muslim melayu yang suka cheap publicity xhirau fitnah to the religion utk jadi kaya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ambil omputih common sangat sis. sekarang kejar yg ramai follower je..
senang nak target market
|
|
|
|
|
|
|
|
jajahoney replied at 6-11-2021 02:27 PM
hak ah kan..berapa dah umur sheols?
Dah hempat puloh memeyla nmpk kertu keras dll : |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin Nora ni senang utk discuss dan berurusan...ramai followers dan friendly..entah laaa ..
Dia pun kalau income yg di offer menarik mesti la dia grab..
Tapi maybe next time blh consider artis lain yg lebih sesuai utk dijadikan duta bertudung dgn personaliti yg lebih sopan |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar kanan macam Hasmiza pamoga |
|
|
|
|
|
|
|
True, muka nora jenis cute comey loteh, tak boleh carry make-up mcm tu.
Kalau gaya manis2 ok je rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak cantikk... terus rasa tak nak beli... tak sesuai la dia jadi duta tudung...
bukan isu dia bertudung ke tak pun...
dia dah tua dah dekkk... muka pun dah kepam... job berlakon pun dah takde...
tak reti2 nak cari muka fresh2 yang lawa kot ye pun company ni... tapi takpe la bisnes tudung orang kan..
deorang yang keluar duit.. apa2 dorang yang rugi |
|
|
|
|
|
|
|
kannn... kurang2 kalau model omputih tu herlokkk tertarik jugak nak tengok tudung tu...ni sekali mak anak dua yang dah tua yang jadi model.. terus rasa nak scroll laju2...
perhatian pelanggan atau targeted customer tak sampai ke tudung tu untuk bagi produk tersebut terjual...
|
|
|
|
|
|
|
|
sheols dah macam rupa mak dia skrg ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|