CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Niaga Sejak Sekolah, Kembar Reda Sekelip Mata Hilang Punca Rezeki

5-11-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4075| Komen: 26

Description: Malang menimpa adik-beradik kembar dari Kedah ini apabila gerai makanan mereka musnah dalam kebakaran pada petang Selasa lalu.
Malang menimpa adik-beradik kembar dari Kedah ini apabila gerai makanan mereka musnah dalam kebakaran pada petang Selasa lalu.

Menurut Musthofa Kamal Supar, dia dan kembarnya, Musthofa Kamil sedang berniaga seperti biasa sebelum api tiba-tiba menyambar gara-gara gas bocor.


Kredit foto: TikTok

Bercerita kepada mStar, kembar berusia 19 tahun yang mesra disapa Kamal dan Kamil itu mengakui terkejut dengan kejadian tersebut yang berlaku dalam sekelip mata.

"Kami sedang memasak seperti biasa. Tiba-tiba api menyambar dari dapur gas. Kalau tahu gas bocor, awal-awal kami dah tutup. Masalahnya kami tak tahu. Bila bomba datang padamkan kebakaran, mereka maklumkan berlaku kebocoran gas.




"Kami tak tahu bila gas tu bocor. Kami buka gerai sejak 12.30 tengah hari lagi. Gerai terbakar lebih kurang 5.30 petang. Masa tu ada pelanggan. Ketika api mula-mula menyambar, kena muka kami. Kemudian baru merebak kepada barang-barang. Kami total lost 100 peratus," ujar Kamal.

Dalam pada itu, Kamil mengakui dia dan abangnya masih terkejut dengan kejadian itu, namun reda dengan apa yang berlaku biarpun mengalami kerugian beribu ringgit.

Tambal Kamil, dia bagaikan hilang kata-kata tatkala melihat gerai tempat mencari rezeki yang dibuka berdekatan Stadium Darul Aman, Alor Setar, musnah sekelip mata dalam kejadian berkenaan.



"Ketika kejadian, ada duit sales dalam gerai yang turut terbakar dengan barang dapur dan perkakasan memasak. Anggaran dalam RM1,000 duit sales. Kami reda saja benda nak jadi.

"Dulu kami bermula dengan gerai yang ada khemah, kemudian kami buka gerai kabin pula. Lama kami menabung nak dapatkan kabin tu. Modalnya tinggi.



"InsyaAllah kami akan mula berniaga balik minggu depan dengan apa yang ada. Yang mana mampu, kami akan beli dulu. Kami tak kisah buka gerai dengan khemah semula," ujar Kamil.

Bercerita mengenai perjalanan mereka, Kamil mendedahkan perniagaan itu dimulakan ketika dia dan abangnya masih lagi bersekolah.



"Kami dah berniaga sejak umur 16 tahun. Kami ada lima beradik. Kamal anak sulung, saya anak kedua. Bapa kami pula dah meninggal akibat strok tujuh tahun lepas.

"Kami mula-mula kerja cuci pinggan untuk kumpul modal. Selepas itu baru kami buka gerai 'macaroni and cheese' ini. Kalau kami tak berniaga, macam mana nak bagi duit belanja adik-adik?

"Kami balik sekolah, terus buka gerai. Kadang-kadang buat kerja sekolah di gerai. Dulu mak pun berniaga makanan western, tapi sekarang kami suruh mak rehat saja," ujar Kamil lagi.

Dalam pada itu, Kamal dan Kamil turut berkongsi video kejadian itu di TikTok dan Instagram dan TikTok.

Mereka turut dihujani komen netizen yang memberikan kata-kata semangat serta doa agar segala urusan dipermudahkan.

Kata Kamal dan Kamil, mereka terharu dengan sokongan ramai dan berharap perniagaan yang diusahakan dapat bangkit semula tidak lama lagi.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 5-11-2021 02:55 PM
Alahaiiiii... Bukan senang nak senang
Adaaaaa je dugaan
Moga bertabah
Quote mamajawie 5-11-2021 03:19 PM
bertabah la..Allah sayang kita semua
Quote kelapaparut 5-11-2021 04:05 PM
bile bace kisah mcm ni dan tkenangkan menteri2 kjaan kite, rase mcm marah pulak
Quote becir 5-11-2021 04:23 PM
Maknya sakit ke..umur camni sure mak masih muda boleh keje cari duit lagi..harap jgnla hempuk semua tanggungjawab kat anak berdua ni..kesian baca
Quote cmf_premierleag 5-11-2021 04:30 PM
kesiannya
kalo ada bagi akaun bank ke mmg akak boleh derma mana yg akak mampu la
sbb akak ada soft spot kat org yg ada usaha nak cari rezeki halal
and akak tau bukan senang nk buat savings utk buat modal niaga
Quote shamsadis 5-11-2021 04:32 PM
tengok balik cara meniaga, mungkin tak berkat agaknya, tak bayar cukai ke, tak bayar zakat ke, tengok balik dari dalam diri
Quote edayildiz 5-11-2021 07:27 PM
dapnyer mac & cheese..lama xmkn..aritu beli yg pasta panas jer..memula sdp..pastu dh xsdp sgt skrg
Quote Decaffeinated 5-11-2021 07:49 PM
Pelik juga kalau tak terbau gas bocor.

Mentah sangat bebudak ni. Banyak lagi kena belajar esp. bab2 keselamatan ni tak boleh main langgar ja.

Quote missus_meow 5-11-2021 08:02 PM
hrp2 adala yb mana2 yg bg bantuan kewangan utk dua bradik ni mula semula ...
Quote norawestallen 5-11-2021 10:12 PM
InsyaAllah rezeki datang kot lain pulak. Dont give up
Quote Zazama 5-11-2021 10:19 PM
Sabar dik. Dugaan mematangkan diri.
Quote TeropongThaico 5-11-2021 10:24 PM
Kesiannya..  
Moga dipermudahkan segalanya buat diarg....
& moga aiols pula dijauhkan benda2 camgini.
Quote Adrif 5-11-2021 10:38 PM
kesiannya..

semoga dipermudahkan urusan untuk bangkit semula

mungkin ni je caranya untuk mereka tukar kedai baru

mungkin mereka strict dengan perbelanjaan, berjimat cermat, tak nak tukar gerai baru. dari zaman maknya meniaga ya?

takpe, lepas ni berwajah baru, mungkin lebih ramai pelanggan
beli yang proper, safety, lawa, multifunctional, besar, food truck ke
Quote Supersirap 5-11-2021 11:08 PM
Semoga kejadian ini menjadikan rezeki adik ini lebih mencurah-curah, yang penting jangan berputus asa
Quote sarah82 6-11-2021 12:34 AM
Ohhh.. Ni.. Aku pernah makan depa punya masakan.. Sedap... Aku kalau sedap mmg aku puji sedap..
Quote CikYaYaYa 6-11-2021 02:33 AM
semoga tabah laaa hadapi dugaan..
Quote Mini.Me 6-11-2021 10:57 AM
Kesiannya...bukan senang nak senang...Tuhan nak uji...insyaAllah ada hikmahnya
Quote syaz_lina 6-11-2021 11:06 AM
Jom la bantu sorang sikit..jutawan belambak kat msia ni, takkan 10-20k tak boleh sedekah to budak2 ni
Quote Artemesiaa 6-11-2021 11:45 AM
Kereta tolak macam tu sekarang ni kalau second pun mau 5k jugak.  Harap mereka cepat bangkit semula pasti ada rezeki lain nanti jadi rajin.  Lepas2 ni kalau nak niaga semula pastikan bukan saja kebersihan dijaga tapi keselamatan juga.  Kena rajin selalu periksa semua alatan agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061774 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top