CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Tindas Palestin, Gadis Israel Enggan Sertai Tentera Dipenjara Buat Kali Ketiga

5-11-2021 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1720| Komen: 8

Baitulmaqdis: Seorang gadis dikenakan hukuman penjara buat kali ketiga kerana keengganannya menyertai perkhidmatan tentera Israel.

BBC News melaporkan, dalam kiriman e-mel yang dihantar kepada penyokong rangkaian penolakan Mesarvot, Shahar Perets memberitahu, dia baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 di balik tirai besi.

Perets ketika menggambarkan keadaan di penjara berkata, wardar penjara menghalangnya daripada menulis pandangan dan pengalamannya.

Gadis itu mendakwa ada kalanya dia diberikan akses untuk menggunakan pen, hanya 10 minit setiap hari.

Foto: Agensi


"Pegawai itu tidak mahu saya menulis, bercakap atau berkongsi pandangan saya. Mereka cuba 'mendiamkan' saya.

"Mendiamkan penolakan politik adalah sebahagian kecil daripada corak tingkah laku yang lebih ganas. Mendiamkan perjuangan Palestin untuk hak asasi manusia di Tebing Barat dan Gaza," katanya.

Dalam temu bual dengan BBC, Perets mendedahkan bahawa ibu bapanya menyokong penuh keputusannya untuk menolak tawaran menyertai tentera Israel.

"Segelintir orang gelarkan saya pengkhianat atau mengatakan saya tidak peduli dengan bangsa saya.

"Saya menolak menyertai tentera kerana tidak bersedia mengambil bahagian dalam penindasan berjuta-juta penduduk (Palestin) yang tinggal di Tebing Barat dan Gaza," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 5-11-2021 02:33 PM
Ummah sendiri tindas ummah sendiri
Quote musangbodoh 5-11-2021 02:52 PM
terbaik sel2 otak berhubung nie
Quote norawestallen 7-11-2021 01:28 PM
Good for her
Quote jahcomel 7-11-2021 02:02 PM
semoga dpt keberkatan idup
Quote manzilla 7-11-2021 02:30 PM
Minoriti biasanya bagus.
Quote chazey 7-11-2021 02:33 PM
Umur masih muda baru lepas SPM/STPM sudah berani perjuangkan apa dia percaya.

Kita di tanahair negara patriaki ini, mampo?
Quote shop_girl 7-11-2021 07:41 PM
Penyokong israel laknat tak nak lahar girl ni ke? [em:22:]
Quote Decaffeinated 8-11-2021 08:32 AM
Bagus budak ni. HAMAS patut take note.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037313 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top