View: 1066|Reply: 8
|
Tak Nak Tindas Palestin, Gadis Israel Enggan Sertai Tentera Dipenjara Buat Kali
[Copy link]
|
|
Baitulmaqdis: Seorang gadis dikenakan hukuman penjara buat kali ketiga kerana keengganannya menyertai perkhidmatan tentera Israel.
BBC News melaporkan, dalam kiriman e-mel yang dihantar kepada penyokong rangkaian penolakan Mesarvot, Shahar Perets memberitahu, dia baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 di balik tirai besi.
Perets ketika menggambarkan keadaan di penjara berkata, wardar penjara menghalangnya daripada menulis pandangan dan pengalamannya.
Gadis itu mendakwa ada kalanya dia diberikan akses untuk menggunakan pen, hanya 10 minit setiap hari.
Foto: Agensi
"egawai itu tidak mahu saya menulis, bercakap atau berkongsi pandangan saya. Mereka cuba 'mendiamkan' saya.
"Mendiamkan penolakan politik adalah sebahagian kecil daripada corak tingkah laku yang lebih ganas. Mendiamkan perjuangan Palestin untuk hak asasi manusia di Tebing Barat dan Gaza," katanya.
Dalam temu bual dengan BBC, Perets mendedahkan bahawa ibu bapanya menyokong penuh keputusannya untuk menolak tawaran menyertai tentera Israel.
"Segelintir orang gelarkan saya pengkhianat atau mengatakan saya tidak peduli dengan bangsa saya.
"Saya menolak menyertai tentera kerana tidak bersedia mengambil bahagian dalam penindasan berjuta-juta penduduk (Palestin) yang tinggal di Tebing Barat dan Gaza," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ummah sendiri tindas ummah sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik sel2 otak berhubung nie |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dpt keberkatan idup |
|
|
|
|
|
|
|
Minoriti biasanya bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur masih muda baru lepas SPM/STPM sudah berani perjuangkan apa dia percaya.
Kita di tanahair negara patriaki ini, mampo? |
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong israel laknat tak nak lahar girl ni ke? [em:22:] |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus budak ni. HAMAS patut take note. |
|
|
|
|
|
|
| |
|