Baru-baru ini netizen sangat teruja melihat kepada gambar-gambar percutian yang dikongsi oleh pelakon utama filem Paskal, Hairul Azrin dan isterinya, Hanis Zalikha. Di dalam perkongsian mereka, mungkin kita perasan satu gambar keluarga tersebut bergambar bersama seorang lelaki Cina. Ternyata lelaki Cina tersebut adalah hartawan terkenal di luar dan dalam negara yang memiliki perniagaan besar, Tan Sri Vincent Tan, lapor Kosmo. Vincent Tan memang terkenal dengan kekayaannya dan beliau bukan kaya biasa-biasa. Beliau turut memiliki kelab bola sepak terkenal yang berpengkalan di England. Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila melihat beberapa foto yang dikongsikan oleh pasangan selebriti negara itu adalah cara berpakaian dan lagak orang yang betul-betul kaya.
Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, Vincent Tan hanya mengenakan baju dan seluar biasa serta mengenakan selipar berjenama Asadi. Rata-rata orang ramai turut terkejut dengan penampilan tersebut dan menganggap penampilan dan lagak hartawan itu seperti orang kebanyakan tidak seperti orang yang ‘mula nak kaya’. “Lowkey, humble dan simple sahaja pakaian dia. Ni baru betul billionaire, bukan macam si polan tu baru kaya sikit dah baling-baling duit macam tak ada nilai. Siap listkan ootd dari atas sampai bawah,” jelas sitoaidaadnan.
|
Kurex replied at 4-11-2021 09:52 AM
Beza dgn kekrol.& Keknis nak menayang semua benda. Tapi sebab kekrol berbadan sedap, iols maafkan ke ...
setori_mori replied at 4-11-2021 09:28 AM
Pastu bukak pulak ig anak nya… hmmm
white_musk replied at 4-11-2021 10:14 AM
Sepanjang masa kah beliau berAsadi?
_blackbird replied at 4-11-2021 10:19 AM
ni dia pergi pulau main boat je mmg la pakai beshe2 je. tunggu la gi attend majlis rich gentlemen cl ...
ADVERTISEMENT