CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cikgu Bengang Mi Segera, Ludah, Kondom Atas Kereta, Dicampak Dari Atas Flat

2-11-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8918| Komen: 104

Siapa yang tidak panas hati apabila mendapati sisa-sisa makanan dicampak pihak 'tidak bertamadun' sehingga mengotorkan kereta yang diparkir?

Itulah situasi yang dialami oleh Hazlinayani Abd Manan apabila bahagian bumbung dan hadapan keretanya penuh dengan sisa mi segera yang dicampak oleh penghuni flat dari atas.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Nina ini berkata, kejadian disedari pada waktu pagi ketika dia mahu keluar bekerja, beberapa hari lalu.




"Saya sedar kejadian itu sekitar pukul 7.30 pagi sewaktu nak keluar bekerja. Dari jauh saya tengok apasal lain macam je kereta saya. Sampai dekat, nampak sisa mi segera bersepah atas bonet depan dan bumbung.


"Pagi-pagi lagi dah buat mood saya swing. Sudahlah sehari sebelumnya saya cuci kereta siap polish (kilatkan). Dua jam pula tu tunggu kereta siap tapi alih-alih kena sisa makanan... itu yang tambah membara.

"Hampir 15 minit juga saya kutip sisa mi segera tu sebab ada yang masuk celah-celah bonet. Masih boleh bau lagi kuah kari mi segera tu sebab ada tompokan kuah. Satu hari saya sakit hati," katanya yang juga seorang guru tadika di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bercerita lebih lanjut, Nina berkata kotak parkir keretanya bukan terletak di bahagian bawah dapur penghuni flat, sebaliknya di bahagian koridor.

"Kalau bahagian dapur, memang kemungkinan besar untuk orang campak makanan tu ada... tapi ni bawah koridor. Agaknya tak habis makan, terus campak.

"Selama dua tahun menetap di flat ini, inilah kali pertama kereta saya terkena yang agak teruk. Sebelum ini banyak kali ada kesan ludah tapi saya masih boleh 'pejam mata'.

"Saya ada suarakan kepada pihak pengurusan walaupun jiran-jiran kata ada je beberapa kes sama berlaku sebelum ini tapi tak pernah ada tindakan.

"Ada kes di mana motor rosak tapi tiada tindakan sebab tiada kamera litar tertutup (CCTV). Hanya boleh mengadu atau suarakan dalam group WhatsApp penduduk je la. Sakit juga hati sebab kita bayar parking.

"Ada juga jiran beritahu, dia lagi teruk sebab keretanya kena kondom... siap lendir lagi. Tak bertamadun betul," kata wanita berusia 23 tahun ini yang menetap di sebuah flat di Wangsa Permai, Kuala Lumpur.



Nina berkata selepas kejadian tersebut, dia menjadi serik malah sanggup meletakkan keretanya di bahagian luar walaupun terpaksa berjalan kaki sedikit jauh.

Sekadar memuat naik pengalaman sendiri menerusi aplikasi TikTok, Nina berkata antara lain tujuannya adalah mahu menyampaikan mesej supaya orang ramai khususnya penghuni flat atau pangsapuri mempunyai sikap bertanggungjawab serta adab berjiran.

"Tak sangka jadi viral. Ramai yang kongsi pengalaman sama malah ada yang lebih teruk terpaksa tanggung kerugian kerana cermin pecah atau ada bahagian kereta yang kemek.

"Ada juga yang komen, kes saya ni kira masih 'boleh diterima' jika nak dibandingkan dengan yang lain dan tak perlu marah. Tapi sebagai owner, mestilah sakit hati.

"Ada juga yang komen, normal la duduk flat. Maknanya, benda ni normal ke kalau duduk flat? Sampai bila kita nak hadap benda macam ni selagi kita ada pemikiran 'third class?'

"Jadilah penghuni yang bijak. Kita duduk di kawasan terbuka. Janganlah buang sisa atau barang sesuka hati. Adab kena ada... kita ni hidup berjiran. Kenalah ubah sikap dan persepsi, tanam sifat sivik dalam diri," ujarnya lagi.

Sehingga kini video yang dimuat naik oleh wanita ini meraih melebihi 309,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 2-11-2021 09:56 AM
Sbb tu klu ada duit..carilah rumah lain..jgn duk kaw flat..nanti kita juga yg sakit hati...
Quote musangbodoh 2-11-2021 10:03 AM
pernah g umah kwn kt flet...ada :buah tgn juga...kapas korek telinga...coklet hitam lgitewwww
Quote Thunderclouds 2-11-2021 10:10 AM
Tinggal umah flat ni kna byk byk byk sabaq. Rata2 mentaliti kelas 3. Xsanggup nk hadap pindah umah landed.
Quote ezacbee 2-11-2021 10:15 AM
Dok flat mmg camni. Tabah laa ek. Aku enjoy je dok flat masa kecik.
Quote kelip2_07 2-11-2021 10:22 AM
koman2 pn sewa lah aparment siap 1 parking khas..xde lah blik pnt2 nk pusing2 cr parking pastu idup ngan org xde tamadun mcm nie..klu dpt tgn yg buat nie aku patah2kn ..lps tu siram megi pns2 kt tgn dia
Quote gigahertz 2-11-2021 10:30 AM
jas7512 replied at 2-11-2021 01:56 AM
Sbb tu klu ada duit..carilah rumah lain..jgn duk kaw flat..nanti kita juga yg sakit hati...

biasa sewa bawah RM 1000 adalah rumah flat.
Sepanjang i delivery barang. kawasan flat paling tak best
dengan sampah , dengan moto masuk lift.
Lif Jahanam.
Apartment / Condo / Studio puas hati lagi.
Quote pekanwoohoo 2-11-2021 10:42 AM
Apalah nak diheran dengan penduduk flat perangai macam ni. Dahlah miskin, perangai buruk pulak tu.
Quote chazey 2-11-2021 10:53 AM
ezacbee replied at 2-11-2021 10:15 AM
Dok flat mmg camni. Tabah laa ek. Aku enjoy je dok flat masa kecik.

Perangai manusia zaman dulu tak teruk sangat kot seperti zaman sematfon 2021 ini. Aiol membesar zaman 90an. The best time of my laif.
Quote chazey 2-11-2021 10:54 AM
ezacbee replied at 2-11-2021 10:15 AM
Dok flat mmg camni. Tabah laa ek. Aku enjoy je dok flat masa kecik.

Perangai manusia zaman dulu tak teruk sangat kot seperti zaman sematfon 2021 ini. Aiol membesar zaman 90an. The best time of my laif.
Quote prettyuglybabe 2-11-2021 10:54 AM
kalau kereta i kena, i print semoga manusia yang buang megi tu mampus kena gelek lori pastu lekat depan pintu rumah tiap level..
Quote d_anne04 2-11-2021 10:56 AM
umur baru 23, nanti gaji dah naik pindoh ler sewa/beli kat tempat lain
Quote squeeze 2-11-2021 11:05 AM
ni jenis xde sivik, otak jenis kt lutut..
Quote ezacbee 2-11-2021 11:17 AM
chazey replied at 2-11-2021 10:54 AM
Perangai manusia zaman dulu tak teruk sangat kot seperti zaman sematfon 2021 ini. Aiol membesar za ...

Dulu hidup bermuhibah. Skang lain.
Dulu flat tempat terjun bunuh diri.
Quote arasham 2-11-2021 11:18 AM
gigahertz replied at 2-11-2021 10:30 AM
biasa sewa bawah RM 1000 adalah rumah flat.
Sepanjang i delivery barang. kawasan flat paling tak b ...

Now duduk kondo.. semlm balik rumah. Elok je sehelai tissue basah dgn kesan make up atas balcony.. tak kan dtg dari bawah. Atas baru satu rumah je yg ada org. Hari pertama dia pindah dah buat hal.. drilling sampai pukul 8-9 mlm. Dah ada undang2 kerja2 begitu stop pukul 5pm.. manusi ni bkn ikut tpt dia duduk tapi ikut akhlak dia
Quote tikusmontok 2-11-2021 11:19 AM
Flat pprt ke ni? Ada khidmat guard jaga anak org tak?
Quote pxlbb 2-11-2021 11:23 AM
Kan pernah trending beli rumah flat tp hias mcm service apartment. Iols tetap cannottttt. Ko keluar je rumah nanti pekat bau kencing & sampah. Belum lagi time lif rosak dan ko duduk tingkat 19 [em:12:]
Quote acikhan 2-11-2021 11:24 AM
haku duduk flat skang, ade 3 umah mmg hingaq hingaq...kalo boleh nk suruh sorg berambus je! jiran2 semua mmg da tau peel n malas nk layan...beranak pinak ramai + pengotor
Quote tipah89 2-11-2021 11:52 AM
i oll pernah pergi gathering rumah member, apartment kos rendah, turun2 hah elok telur weyhh, keta i oll kena sisa2 je terpercik,byk jugakla percik tu, keta sebelah yg teruk bape biji kena, i oll syak org marah kt dia sbb nmpak sticker resident kt keta dia.. even kena percikan je ya rabbi berhari2 juga pergi carwash cuci nk ilang bau telur tu sbb dia kering melekat cuaca lit lit masa tu.
Quote Kurex 2-11-2021 12:08 PM
Iols yg duduk rumah flat ni, bertabah jah sejak kebelakangan ni. Sambil cari rumah landed

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038533 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top