View: 7266|Reply: 103
|
Cikgu Bengang Mi Segera, Ludah, Kondom Atas Kereta, Dicampak Dari Atas Flat
[Copy link]
|
|
Siapa yang tidak panas hati apabila mendapati sisa-sisa makanan dicampak pihak 'tidak bertamadun' sehingga mengotorkan kereta yang diparkir?
Itulah situasi yang dialami oleh Hazlinayani Abd Manan apabila bahagian bumbung dan hadapan keretanya penuh dengan sisa mi segera yang dicampak oleh penghuni flat dari atas.
Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Nina ini berkata, kejadian disedari pada waktu pagi ketika dia mahu keluar bekerja, beberapa hari lalu.
"Saya sedar kejadian itu sekitar pukul 7.30 pagi sewaktu nak keluar bekerja. Dari jauh saya tengok apasal lain macam je kereta saya. Sampai dekat, nampak sisa mi segera bersepah atas bonet depan dan bumbung.
"agi-pagi lagi dah buat mood saya swing. Sudahlah sehari sebelumnya saya cuci kereta siap polish (kilatkan). Dua jam pula tu tunggu kereta siap tapi alih-alih kena sisa makanan... itu yang tambah membara.
"Hampir 15 minit juga saya kutip sisa mi segera tu sebab ada yang masuk celah-celah bonet. Masih boleh bau lagi kuah kari mi segera tu sebab ada tompokan kuah. Satu hari saya sakit hati," katanya yang juga seorang guru tadika di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Bercerita lebih lanjut, Nina berkata kotak parkir keretanya bukan terletak di bahagian bawah dapur penghuni flat, sebaliknya di bahagian koridor.
"Kalau bahagian dapur, memang kemungkinan besar untuk orang campak makanan tu ada... tapi ni bawah koridor. Agaknya tak habis makan, terus campak.
"Selama dua tahun menetap di flat ini, inilah kali pertama kereta saya terkena yang agak teruk. Sebelum ini banyak kali ada kesan ludah tapi saya masih boleh 'pejam mata'.
"Saya ada suarakan kepada pihak pengurusan walaupun jiran-jiran kata ada je beberapa kes sama berlaku sebelum ini tapi tak pernah ada tindakan.
"Ada kes di mana motor rosak tapi tiada tindakan sebab tiada kamera litar tertutup (CCTV). Hanya boleh mengadu atau suarakan dalam group WhatsApp penduduk je la. Sakit juga hati sebab kita bayar parking.
"Ada juga jiran beritahu, dia lagi teruk sebab keretanya kena kondom... siap lendir lagi. Tak bertamadun betul," kata wanita berusia 23 tahun ini yang menetap di sebuah flat di Wangsa Permai, Kuala Lumpur.
Nina berkata selepas kejadian tersebut, dia menjadi serik malah sanggup meletakkan keretanya di bahagian luar walaupun terpaksa berjalan kaki sedikit jauh.
Sekadar memuat naik pengalaman sendiri menerusi aplikasi TikTok, Nina berkata antara lain tujuannya adalah mahu menyampaikan mesej supaya orang ramai khususnya penghuni flat atau pangsapuri mempunyai sikap bertanggungjawab serta adab berjiran.
"Tak sangka jadi viral. Ramai yang kongsi pengalaman sama malah ada yang lebih teruk terpaksa tanggung kerugian kerana cermin pecah atau ada bahagian kereta yang kemek.
"Ada juga yang komen, kes saya ni kira masih 'boleh diterima' jika nak dibandingkan dengan yang lain dan tak perlu marah. Tapi sebagai owner, mestilah sakit hati.
"Ada juga yang komen, normal la duduk flat. Maknanya, benda ni normal ke kalau duduk flat? Sampai bila kita nak hadap benda macam ni selagi kita ada pemikiran 'third class?'
"Jadilah penghuni yang bijak. Kita duduk di kawasan terbuka. Janganlah buang sisa atau barang sesuka hati. Adab kena ada... kita ni hidup berjiran. Kenalah ubah sikap dan persepsi, tanam sifat sivik dalam diri," ujarnya lagi.
Sehingga kini video yang dimuat naik oleh wanita ini meraih melebihi 309,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu klu ada duit..carilah rumah lain..jgn duk kaw flat..nanti kita juga yg sakit hati... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah g umah kwn kt flet...ada :buah tgn juga...kapas korek telinga...coklet hitam lgitewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal umah flat ni kna byk byk byk sabaq. Rata2 mentaliti kelas 3. Xsanggup nk hadap pindah umah landed. |
|
|
|
|
|
|
|
Dok flat mmg camni. Tabah laa ek. Aku enjoy je dok flat masa kecik. |
|
|
|
|
|
|
|
koman2 pn sewa lah aparment siap 1 parking khas..xde lah blik pnt2 nk pusing2 cr parking pastu idup ngan org xde tamadun mcm nie..klu dpt tgn yg buat nie aku patah2kn ..lps tu siram megi pns2 kt tgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
biasa sewa bawah RM 1000 adalah rumah flat.
Sepanjang i delivery barang. kawasan flat paling tak best
dengan sampah , dengan moto masuk lift.
Lif Jahanam.
Apartment / Condo / Studio puas hati lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apalah nak diheran dengan penduduk flat perangai macam ni. Dahlah miskin, perangai buruk pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 2-11-2021 10:15 AM
Dok flat mmg camni. Tabah laa ek. Aku enjoy je dok flat masa kecik.
Perangai manusia zaman dulu tak teruk sangat kot seperti zaman sematfon 2021 ini. Aiol membesar zaman 90an. The best time of my laif. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 2-11-2021 10:15 AM
Dok flat mmg camni. Tabah laa ek. Aku enjoy je dok flat masa kecik.
Perangai manusia zaman dulu tak teruk sangat kot seperti zaman sematfon 2021 ini. Aiol membesar zaman 90an. The best time of my laif. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kereta i kena, i print semoga manusia yang buang megi tu mampus kena gelek lori pastu lekat depan pintu rumah tiap level.. |
|
|
|
|
|
|
|
umur baru 23, nanti gaji dah naik pindoh ler sewa/beli kat tempat lain
|
|
|
|
|
|
|
|
ni jenis xde sivik, otak jenis kt lutut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu hidup bermuhibah. Skang lain.
Dulu flat tempat terjun bunuh diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 2-11-2021 10:30 AM
biasa sewa bawah RM 1000 adalah rumah flat.
Sepanjang i delivery barang. kawasan flat paling tak b ...
Now duduk kondo.. semlm balik rumah. Elok je sehelai tissue basah dgn kesan make up atas balcony.. tak kan dtg dari bawah. Atas baru satu rumah je yg ada org. Hari pertama dia pindah dah buat hal.. drilling sampai pukul 8-9 mlm. Dah ada undang2 kerja2 begitu stop pukul 5pm.. manusi ni bkn ikut tpt dia duduk tapi ikut akhlak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Flat pprt ke ni? Ada khidmat guard jaga anak org tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kan pernah trending beli rumah flat tp hias mcm service apartment. Iols tetap cannottttt. Ko keluar je rumah nanti pekat bau kencing & sampah. Belum lagi time lif rosak dan ko duduk tingkat 19 [em:12:] |
|
|
|
|
|
|
|
haku duduk flat skang, ade 3 umah mmg hingaq hingaq...kalo boleh nk suruh sorg berambus je! jiran2 semua mmg da tau peel n malas nk layan...beranak pinak ramai + pengotor |
|
|
|
|
|
|
|
i oll pernah pergi gathering rumah member, apartment kos rendah, turun2 hah elok telur weyhh, keta i oll kena sisa2 je terpercik,byk jugakla percik tu, keta sebelah yg teruk bape biji kena, i oll syak org marah kt dia sbb nmpak sticker resident kt keta dia.. even kena percikan je ya rabbi berhari2 juga pergi carwash cuci nk ilang bau telur tu sbb dia kering melekat cuaca lit lit masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols yg duduk rumah flat ni, bertabah jah sejak kebelakangan ni. Sambil cari rumah landed |
|
|
|
|
|
|
| |
|