CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Tak Ada Perasaan Cemburu, Ai Wahida Selamat Nikah

1-11-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5290| Komen: 31

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Ai Wahida sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syafiq kira-kira pukul 10.30 pagi, Isnin di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor.


Menurut Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya itu berjalan dengan lancar.

Pada majlis akad nikah itu Muhammad Syafiq menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas tiga dulang.

Foto: IG


Ai Wahida turut menerima mas kahwin bernilai RM50 serta hadiah seutas gelang dan sebentuk cincin.

Dalam pada itu penyanyi berusia 23 tahun ini berkata dia berasa sebak terkenang pelbagai dugaan yang ditempuh sepanjang perkenalan dengan suami sejak Mei tahun lalu.



"Alhamdulillah... majlis akad nikah di Pejabat Agama Johor Bahru berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri sekitar pukul 10.30 pagi.

"Hanya saya, pengantin lelaki dan wali iaitu bapa saya sahaja ada di sana. Perasaan memang sangat lega sebab semuanya dah selesai.

"Tak sangka saya sudah menjadi isteri orang. Terharu dan sebak sebab kami lalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan terutama waktu pertunangan," katanya kepada mStar.



Ai Wahida turut berkongsi beberapa keping foto selepas pernikahannya di Instastory miliknya pada Isnin.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, Ai Wahida mendedahkan dia mengenali suaminya yang berusia 26 tahun itu menerusi aplikasi TikTok sejak setahun yang lalu.

Dalam pada itu, Ai Wahida memuji sikap Syafiq yang juga bekerja sebagai pereka grafik di Kuala Lumpur.

"Kami kenal sejak Mei tahun lalu dan bertunang pada Oktober tahun lalu. Suami seorang yang sangat tenang. Dia tak pernah ada perasaan cemburu.

"Dia tak ada nak menghalang apa yang saya nak lakukan malah sentiasa menyokong. Sepanjang kenal, kami jarang berjumpa.

"Kalau jumpa pun mungkin dalam tiga atau lima bulan sekali. Apabila bernikah ini, masing-masing ada perasaan malu lagi," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 1-11-2021 04:41 PM
who are yuussssss?
Quote dudaberhias 1-11-2021 04:44 PM
Who are yusssss???? Tak herlokkkk lagi bertambah2 tak kenal!!!
Quote princessmiang 1-11-2021 04:48 PM

Quote KamikuP 1-11-2021 04:54 PM
OMG who are her?
Quote slyfynx 1-11-2021 04:55 PM
Chop, anda ialah sape?
Quote dudaberhias 1-11-2021 05:04 PM
You are whossssss????
Quote makadek 1-11-2021 05:04 PM
Sopo iki ..
Quote yayarin 1-11-2021 05:05 PM
Siapakah??????
Quote KelisaSilver 1-11-2021 05:13 PM
Maaf siapa dia ni? tak kenal pulak. Retis ek? siapa pun dia, aku nak komen jugak. bahaya kalau laki ko takde perasaan cemburu.
Quote cikatilia 1-11-2021 05:17 PM
ai who is you bij?
Quote eely_shana 1-11-2021 05:39 PM
Tahniah walaupun x kenal
Quote hareeeesah 1-11-2021 11:54 PM
Ai fon ke ai want it that way…alahai sape je la korang ni. Baru kawin sehari takde perasaan cemburu pelik-pelik kome ni
Quote Carcosa 1-11-2021 11:58 PM
Siapakah insan ini?
Mati2 aku ingat Wahida Wasini.
Rupanya Wahida WaTakKenal
Quote friedfishsoup 2-11-2021 12:07 AM
Korang tak kenal, jangan risau. Wartawan cari kenal ai Wahida cukuplah untuk buka thread
Quote Acikgomen 2-11-2021 12:09 AM
friedfishsoup replied at 2-11-2021 12:07 AM
Korang tak kenal, jangan risau. Wartawan cari kenal ai Wahida cukuplah untuk buka thread

Makan dalam betul komen chuols memalam buta neh
Quote NekNgah 2-11-2021 08:51 AM
Pernah dengar nama Ai Wahida tapi tak tahu kenapa masuk bod ni.

Hasil google.. telinga Ngah dengar biasa-biasa aje.  
[youtube]BbdvT38awE0[/youtube]


Quote NekNgah 2-11-2021 08:52 AM
Edited by NekNgah at 2-11-2021 08:55 AM

Double post pulak untuk Ai Wahida yang Ngah tak kenal ni.  Tak apalah dik, apa-apa pun alhamdulillah, tahniah.  Semoga dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah.


Quote tulip-rain 2-11-2021 08:53 AM
Siape ni?
Mmg nama betul ade Ai tu ke? Popular ke? Entah sape2 entah jadi retis skrg ni.
Quote dudaberhias 2-11-2021 08:56 AM
tulip-rain replied at 2-11-2021 08:53 AM
Siape ni?
Mmg nama betul ade Ai tu ke? Popular ke? Entah sape2 entah jadi retis skrg ni.

memang ai tu sesuai sangat untuk nama dia sebab haram ai tak kenal... eh choiii!! tup tup ada gosip berkahwin

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.257416 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top