Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Ai Wahida sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syafiq kira-kira pukul 10.30 pagi, Isnin di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor.
Menurut Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya itu berjalan dengan lancar.
Pada majlis akad nikah itu Muhammad Syafiq menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas tiga dulang.
Foto: IG
Ai Wahida turut menerima mas kahwin bernilai RM50 serta hadiah seutas gelang dan sebentuk cincin.
Dalam pada itu penyanyi berusia 23 tahun ini berkata dia berasa sebak terkenang pelbagai dugaan yang ditempuh sepanjang perkenalan dengan suami sejak Mei tahun lalu.
"Alhamdulillah... majlis akad nikah di Pejabat Agama Johor Bahru berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri sekitar pukul 10.30 pagi.
"Hanya saya, pengantin lelaki dan wali iaitu bapa saya sahaja ada di sana. Perasaan memang sangat lega sebab semuanya dah selesai.
"Tak sangka saya sudah menjadi isteri orang. Terharu dan sebak sebab kami lalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan terutama waktu pertunangan," katanya kepada mStar.
Ai Wahida turut berkongsi beberapa keping foto selepas pernikahannya di Instastory miliknya pada Isnin.
Menerusi laporan mStar pada Ahad, Ai Wahida mendedahkan dia mengenali suaminya yang berusia 26 tahun itu menerusi aplikasi TikTok sejak setahun yang lalu.
Dalam pada itu, Ai Wahida memuji sikap Syafiq yang juga bekerja sebagai pereka grafik di Kuala Lumpur.
"Kami kenal sejak Mei tahun lalu dan bertunang pada Oktober tahun lalu. Suami seorang yang sangat tenang. Dia tak pernah ada perasaan cemburu.
"Dia tak ada nak menghalang apa yang saya nak lakukan malah sentiasa menyokong. Sepanjang kenal, kami jarang berjumpa.
"Kalau jumpa pun mungkin dalam tiga atau lima bulan sekali. Apabila bernikah ini, masing-masing ada perasaan malu lagi," ujarnya. -CARI
Double post pulak untuk Ai Wahida yang Ngah tak kenal ni. Tak apalah dik, apa-apa pun alhamdulillah, tahniah. Semoga dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah.