Wanita yang memelihara dua anak kucing berusia tiga bulan berasa ‘tertekan’ dengan bunyi serta keadaan haiwan itu yang ‘hiperaktif’, lebih-lebih lagi pada sebelah malam.
Berita Mediacorp melaporkan, wanita itu mendakwa dia cuba menawarkan haiwan itu untuk dipelihara orang lain tetapi tidak berjaya. Untuk itu dia meletakkan kedua-dua anak kucing itu ke dalam sangkar haiwan dan membiarkannya di atas rumput dengan pintu dibuka. Natalie Lau Sze Yuin, 40, didenda S$4,000 (RM12,321) oleh mahkamah daerah atas pertuduhan meninggalkan haiwan itu tanpa alasan munasabah.
Berikutan itu, tertuduh dilarang daripada memelihara mana-mana haiwan dalam tempoh 12 bulan. Mahkamah diberitahu tertuduh memelihara dua anak kucing dinamakan Milky dan Panda yang diambilnya daripada seorang wanita pada awal Ogos tahun lalu. Dia memelihara anak-anak kucing itu di rumahnya, tetapi berasa ‘tertekan’ akibat bunyi yang dibuat haiwan tersebut. Mahkamah diberitahu tertuduh tidak meletakkan makanan atau minuman di dalam bekas makanan. Dia juga tidak membuat sebarang percubaan untuk memeriksa keadaan anak-anak kucing itu selepas meninggalkannya. Pesalah kali pertama yang didapati mengabaikan haiwan peliharaan mereka boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali. Sumber: Utusan
|
slyfynx replied at 29-10-2021 10:13 AM
Tajuk misleading la wartawan cari.
Haish. Clickbait sangat
nononcrux replied at 29-10-2021 10:43 AM
biasa la bunyi kucing, mmg nyaring tp tu la kalau pencinta kucing mesti tahu ape problem dia mengiya ...
stingersteady replied at 29-10-2021 11:10 AM
Nonsense...my ragdoll and british shorthair takdanya sampai sore mengiaucat nyaring segala....mayb ...
nononcrux replied at 29-10-2021 11:16 AM
kau pernah dengar tak kucing kalau btl2 mengiyau mcm nak gaduh or nak keluar dari sesuatu tempat y ...
stingersteady replied at 29-10-2021 11:22 AM
Besa la macam manusia jugak...jiwa tenang takda stresa...gaji masuk tak payah pi kerja...nak meroy ...
nononcrux replied at 29-10-2021 11:30 AM
dia tak scratch ke waterbed tu.. kucing-kucing aku pantang semua dia nak scratch.. tp begitu la ka ...
nakkomenjugak replied at 29-10-2021 11:05 PM
Tu laaaa
Lain kali ko bela kucing dalam henfon jahhhh
Diri sendiri tak terjaga
ADVERTISEMENT