Tumbuhan pelik dengan bau yang busuk ini dikenali dengan nama 'pokok zakar' dalam kalangan warga Eropah. Pokok Amorphophallus decus-silvae itu turut dikenali dengan nama 'bunga mayat' kerana ia memiliki bau yang kuat dan busuk.
Sejak ditemui di Eropah, ia baru sahaja berkembang mekar sebanyak tiga kali. Dalam habitat asalnya di Indonesia, pokok itu boleh mengambil masa selama tujuh tahun untuk mekar. Minggu ini, taman botani Universiti Lediden di Netherland berkongsi berita gembira mengenai tumbuhan itu.
"Akhirnya. Pokok zakar kami telah berkembang mekar. Ia turut mengeluarkan bau," tulis pengendali Instagram itu. Dijangka ribuan pengunjung akan melawat taman botani itu bagi melihat sendiri keunikan pokok tersebut. Untuk rekod, pokok itu juga menghasilkan buah yang boleh dimakan. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star. |
slyfynx replied at 29-10-2021 10:20 AM
Lama dah aih pokok ni dibincangkan, sbb die asal dari Indo.
Nama scientific die Amorphophallus titan ...
Gomea replied at 29-10-2021 12:47 PM
Kat malaysia ade tak pokok ni?
edayildiz replied at 29-10-2021 01:26 PM
mana pokoknya
KamikuP replied at 29-10-2021 09:27 AM
Bau mcm klorok ke bau bacin hancing?
sukacactus replied at 29-10-2021 01:18 PM
Ada
Kat grup succulent aritu ada jual as titan arum
Masa kecik rupa dia lain betul
sharlenetexas replied at 29-10-2021 05:07 PM
Agaknya mcm bau rafflesia.
Gomea replied at 29-10-2021 05:11 PM
Mahal ke pokok ni?
ADVERTISEMENT