|
John Tang Ing Chinh, satu nama yang menjadi sebutan seluruh dunia apabila rakyat Malaysia ini berjaya mencipta kondom uniseks pertama di dunia.
Kejayaan Doktor Tang dalam ciptaannya itu menjadikan ia produk yang boleh digunakan bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita. Menurut pakar sakit puan berkenaan, hasil ciptaannya itu diperbuat daripada bahan gred perubatan yang lazimnya digunakan sebagai pembalut bagi merawat kecederaan serta luka. Dengan keberhasilannya, kondom uniseks Wondaleaf itu akan membolehkan orang ramai menjaga kesihatan seksual dengan lebih baik tanpa mengira jantina atau orientasi seksual mereka.
“Ia pada asasnya kondom biasa dengan dilitupi pelekat yang melekat pada bahagian kemaluan lelaki dan wanita serta menutup kawasan berdekatan untuk perlindungan tambahan,” kata Tang di firma bekalan perubatan Twin Catalyst. Tambah beliau, pelekat itu hanya terdapat pada satu bahagian kondom berkenaan, bermaksud ia boleh diterbalikkan dan digunakan oleh lelaki atau wanita. Setiap kotak Wondaleaf mengandungi dua kondom dan dijual pada harga RM14.99. Harga purata untuk sedozen kondom di Malaysia ialah RM20 hingga RM40. Tang membuat kondom menggunakan “polyurethane” iaitu bahan yang digunakan dalam pembalut luka lutsinar yang nipis dan fleksibel, namun kuat dan kalis air. Kata Tang lagi, Wondaleaf telah melalui beberapa pusingan penyelidikan serta ujian klinikal dan akan tersedia secara komersial melalui laman web firma itu Disember ini. Sumber: Suara Merdeka
|
lattehazelnut replied at 28-10-2021 02:18 PM
Gigih i google cara nak pakai.. bhahaha..

Belibis replied at 28-10-2021 02:43 PM
So..dah faham cara pakai?? Ke dah try??

Gomea replied at 28-10-2021 05:25 PM
Condom jenama ape yang elok?
edayildiz replied at 28-10-2021 08:10 PM
tahniah doc
syamzana replied at 28-10-2021 06:06 PM
dlm news mentioned this coming Dec akan start jual. so blh la try
lattehazelnut replied at 28-10-2021 02:18 PM
Gigih i google cara nak pakai.. bhahaha..

sarah82 replied at 29-10-2021 03:12 PM
Boleh isi air tak? Aku ingat lagi ez bf aku beli kondom bawa masuk hutan.. Aku ingat jadah apanya dl ...

sharlenetexas replied at 29-10-2021 03:15 PM
Sama mcm kawan iols cite. Boleh balut wallet tak nak kena air.
Welcome back sarah


ADVERTISEMENT