Bamako: Semua bayi kembar sembilan di Mali, kelahiran yang memecah rekod dunia baru-baru ini, dilaporkan dalam keadaan sihat.
Mereka juga bakal dibenarkan untuk pulang ke rumah tidak lama lagi selepas doktor berpuas hati dengan tahap kesihatan bayi itu. Kembar sembilan itu, masing-masing empat lelaki dan lima perempuan itu dilahirkan pada Mei lalu. Bayi itu dipantau empat jururawat selama 24 jam selain dibantu ibu dan bapanya Halima Arby-Cisse, 26 dan Kader, 35. Pasangan itu sudah mempunyai seorang anak perempuan menetap di sebuah rumah tiga bilik di kawasan pedalaman di Mali, Afrika Barat.
Mereka bagaimanapun mendapat rawatan di Maghribi yang mempunyai fasiliti kesihatan lebih baik untuk proses kelahiran kembar berkenaan. Sejak itu, kos rawatan dan pemantauan dianggarkan bernilai 1 juta pound sterling (kira-kira RM5.7 juta). Semua kos rawatan di hospital di Maghribi ditanggung kerajaan Mali. Kader berkata, semua anak kembarnya itu dalam keadaan baik dan ceria. "Mereka semakin sihat dan kuat setiap hari disebabkan pemantauan rapi dan akan dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi," katanya. Media sebelum ini melaporkan wanita berusia 26 tahun yang tinggal di Mali itu pada mulanya dimaklumkan hamil bayi kembar tujuh. Doktor memutuskan untuk menerbangkan wanita itu ke Maghribi untuk proses kelahirannya yang berisiko tinggi. Bagaimanapun, ketika usia kandungan 30 minggu, dia melahirkan sembilan anak menerusi kaedah pembedahan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
missbigrockstar: Aku kira ada 8 babies dalam ga ...
ADVERTISEMENT