New Delhi: Doktor mengeluarkan 16 berus gigi dan tiga paku daripada perut seorang remaja di Uttar Pradesh di India, baru-baru ini.
Remaja terbabit dikatakan memakan objek itu bagi mengatasi ketagihan peliknya memakan tanah. Harish Devi, 14, memakan objek itu selepas dinasihatkan seorang pakar yang mendakwa tindakan itu boleh merawat ketagihannya. Keluarganya juga percaya Harish dirasuk makhluk halus dan dengan memakan dua objek itu mampu memulihkan obses peliknya.
Namun, selepas makan berus gigi dan paku, Harish mula berasa sakit pada abdomen. Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk menerima rawatan lanjut. Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati kesakitan yang dialami itu disebabkan objek pelik yang dimakannya. Doktor kemudian terpaksa menjalankan pembedahan segera bagi mengeluarkan berus gigi dan paku berkenaan. Selepas selesai pembedahan, kesihatan remaja itu semakin pulih. Menerusi gambar yang dikongsi, terdapat beberapa berus gigi dan paku dikeluarkan dari dalam perut remaja itu. Seorang doktor juga dilihat memegang imbasan sinar X yang menunjukkan kedudukan paku di tengah tubuh Harish. Harish juga masih menerima rawatan susulan selepas pembedahan itu selesai dijalankan. Kejadian perubatan pelik ini berlaku seminggu selepas seorang wanita berusia 70 tahun melahirkan bayi dan menjadi ibu tertua di dunia.-CARI Sumber: Harian Metro
|
edayildiz replied at 27-10-2021 08:26 AM
takde mknn ke nk mkn..nasi kandar byk kan sana
ADVERTISEMENT