View: 1151|Reply: 8
|
Ketagih Makan Tanah, Telan 16 Berus Gigi Dan Tiga Paku
[Copy link]
|
|
New Delhi: Doktor mengeluarkan 16 berus gigi dan tiga paku daripada perut seorang remaja di Uttar Pradesh di India, baru-baru ini.
Remaja terbabit dikatakan memakan objek itu bagi mengatasi ketagihan peliknya memakan tanah.
Harish Devi, 14, memakan objek itu selepas dinasihatkan seorang pakar yang mendakwa tindakan itu boleh merawat ketagihannya.
Keluarganya juga percaya Harish dirasuk makhluk halus dan dengan memakan dua objek itu mampu memulihkan obses peliknya.
Foto: Agensi
Namun, selepas makan berus gigi dan paku, Harish mula berasa sakit pada abdomen.
Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk menerima rawatan lanjut.
Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati kesakitan yang dialami itu disebabkan objek pelik yang dimakannya.
Doktor kemudian terpaksa menjalankan pembedahan segera bagi mengeluarkan berus gigi dan paku berkenaan.
Selepas selesai pembedahan, kesihatan remaja itu semakin pulih.
Menerusi gambar yang dikongsi, terdapat beberapa berus gigi dan paku dikeluarkan dari dalam perut remaja itu.
Seorang doktor juga dilihat memegang imbasan sinar X yang menunjukkan kedudukan paku di tengah tubuh Harish.
Harish juga masih menerima rawatan susulan selepas pembedahan itu selesai dijalankan.
Kejadian perubatan pelik ini berlaku seminggu selepas seorang wanita berusia 70 tahun melahirkan bayi dan menjadi ibu tertua di dunia.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
takde mknn ke nk mkn..nasi kandar byk kan sana |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 27-10-2021 08:26 AM
takde mknn ke nk mkn..nasi kandar byk kan sana
Nasi kandar abah ko kt delhi...
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Atas nasihat pakar? Pakar apa, pakar bunuh orang ka apa...
Bagus lagi la rasanya kalau adik ni makan tanah, daripada makan paku & berus gigi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoii..punya byk makanan benda bkn makanan jugak ko nak telan |
|
|
|
|
|
|
|
okla tu
asalkan jangan makan rasuah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak taulah kenapa ada kes2 pelik mesti ada dua negara je yang kena sebut. India dan indone. Pelipin pun kurang ada kes pelik gini walaupun rata2 hidup lebih kurang dan juga situasi setempat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yendia, yendon
Tak yendon, yendia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|