CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Jatuh Tingkat 7,"Keisya Teruja Nak Bercuti Di Janda Baik"

27-10-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1802| Komen: 1

Description: Putrajaya:"Arwah sangat gembira dan teruja apabila dimaklumkan kami sekeluarga akan bercuti ke Janda Baik, Pahang hujung minggu ini," ujar Md Rizal Ramdzan, 42.
Putrajaya:"Arwah sangat gembira dan teruja apabila dimaklumkan kami sekeluarga akan bercuti ke Janda Baik, Pahang hujung minggu ini," ujar Md Rizal Ramdzan, 42.


Dia bagaimanapun terkejut apabila anaknya itu Keisya Nawrah,11, meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya di Presint 5 di sini, kelmarin.

Rizal berkata, segala perancangan dan tempahan penginapan untuk mereka sekeluarga bercuti sudah diatur.


Foto: Harian Metro

"Malah arwah yang juga anak perempuan kedua kami tidak sabar untuk bercuti ke sana.


"Malangnya hasrat arwah untuk bercuti bertukar duka apabila Keisya meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya," katanya.

Dia berkata, anaknya itu seorang yang ceria dan tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi sebelum kejadian.

"Arwah seorang anak yang periang dan suka bergurau senda bersama saya dan adik-beradik lain," katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini, tadi.

Sejak jam 6 petang tadi, ahli keluarga arwah menunggu di perkarangan bilik mayat bagi urusan memandikan jenazah dan pengebumian.

Difahamkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah kuarters kerajaan jam 6.55 petang semalam.

Mangsa ditemui orang awam di bawah bangunan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri.

Ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak terbabit baharu pulang dari kerja dan mendapati mangsa tiada di dalam bilik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-10-2021 09:23 AM
Thread smlm dah ada mcm mana nak sambung saya tataw

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.168657 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top