CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Keintiman Dengan Masyarakat Bali, Alasan Sukmawati Tukar Agama Dari Islam Ke Hindu

27-10-2021 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2429| Komen: 11

Denpasar: Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri, anak perempuan kepada Presiden pertama Indonesia, Sukarno, mendedahkan alasan dirinya menukar agama dari Islam ke Hindu pada usia 70 tahun.


CNN Indonesia melaporkan, Sukmawati menyebut, selama ini ajaran agamanya mengalir begitu sahaja.

Malah beliau mengakui sentiasa berusaha memahami Islam dan menjadi insan yang baik dalam masyarakat.

Foto: Agensi

“Walaupun bagi saya yang penting bukan saya jadi orang suci, tetapi bagaimana saya boleh menjadi seorang yang baik untuk masyarakat,” katanya.

Sukmawati berkata, beliau mengakui tidak pernah terfikir untuk menukar agama selagi ibu bapa dan suaminya masih hidup, walaupun sudah mula belajar agama Hindu.

Jelasnya, pemikiran untuk memeluk agama Hindu bermula selepas suaminya meninggal dunia selain mempunyai keintiman dengan masyarakat Bali.

Sukmawati melaksanakan upacara Sudhi Wadani di Sukarno Center Heritage di Bale Agung Singaraja, Buleleng, dekat sini. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 27-10-2021 08:28 AM
itew ke dia..ok la..kebebasan beragama..anak2 dia xjoin sekali ke?
Quote missus_meow 27-10-2021 08:58 AM
tukar agama lepas hilang suami ... ade "keintiman" ngan org2 bali ... she sounds like a very lonely old woman who has lost her way ...
Quote nolya 27-10-2021 12:26 PM
Kata orang tak kenal maka tak cinta. Ibu Sukmawati kenal Islam tapi dia tidak mencintainya.  Dia kemudian balek mengenali agama leluhurnya, Hindu,  dn dia mencintai Hindu. Sbg bukti dia sanggup dgn rasmi menukar agama walaupun harus 'dibaptiskan'. Dia telahpun memilih keyakinannya.
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 02:21 PM
Lantak ko lerrrr mbahhhh
Yang akan tanya ko kat sana nanti bukan weols yachh
Quote KamikuP 27-10-2021 04:02 PM
Hindu bali dgn hindu Malysia apa bezanya?
Quote sharlenetexas 27-10-2021 04:07 PM
KamikuP replied at 27-10-2021 04:02 PM
Hindu bali dgn hindu Malysia apa bezanya?

Tak pakai sari kot.

Quote tikusmontok 27-10-2021 04:53 PM
sharlenetexas replied at 27-10-2021 04:07 PM
Tak pakai sari kot.

Haah..hindu bali kemban
Quote ina_na 27-10-2021 05:14 PM
Entah la..aku fkr 1 je..mati nanti kn bako..sakit nye..
Quote capiloton 27-10-2021 06:09 PM
apa nak heran, kat indon memang ramai yang murtad.
dan mereka bebas untuk murtad, kahwin pun boleh campur agama.
ramai jer yang murtad especially lepas kahwin, ikut agama pasangan.


indonesia  tiada sultan, justeru Islam tak wujud dalam perlembagaan negara.


[youtube]kAPQ7ATfhb8[/youtube]

Quote Cpkay 1-11-2021 03:29 PM
dah 70 tahun baru jumpa agama yang diingininya.. rugi benar
Quote rospinki 1-11-2021 03:37 PM
aunti ni suka perhatian..dia suka diberi perhatian lagi2 dikata susur galur puter mambang siwowo ratu apa tah..dan2 tukar agama. rasa dipuja gitu..nauzubillah. takpelah saya ckp je..ujian kita tak sama.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037134 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top