Denpasar: Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri, anak perempuan kepada Presiden pertama Indonesia, Sukarno, mendedahkan alasan dirinya menukar agama dari Islam ke Hindu pada usia 70 tahun.
CNN Indonesia melaporkan, Sukmawati menyebut, selama ini ajaran agamanya mengalir begitu sahaja.
Malah beliau mengakui sentiasa berusaha memahami Islam dan menjadi insan yang baik dalam masyarakat.
Foto: Agensi
“Walaupun bagi saya yang penting bukan saya jadi orang suci, tetapi bagaimana saya boleh menjadi seorang yang baik untuk masyarakat,” katanya.
Sukmawati berkata, beliau mengakui tidak pernah terfikir untuk menukar agama selagi ibu bapa dan suaminya masih hidup, walaupun sudah mula belajar agama Hindu.
Jelasnya, pemikiran untuk memeluk agama Hindu bermula selepas suaminya meninggal dunia selain mempunyai keintiman dengan masyarakat Bali.
Sukmawati melaksanakan upacara Sudhi Wadani di Sukarno Center Heritage di Bale Agung Singaraja, Buleleng, dekat sini. -CARI
Kata orang tak kenal maka tak cinta. Ibu Sukmawati kenal Islam tapi dia tidak mencintainya. Dia kemudian balek mengenali agama leluhurnya, Hindu, dn dia mencintai Hindu. Sbg bukti dia sanggup dgn rasmi menukar agama walaupun harus 'dibaptiskan'. Dia telahpun memilih keyakinannya.
apa nak heran, kat indon memang ramai yang murtad.
dan mereka bebas untuk murtad, kahwin pun boleh campur agama.
ramai jer yang murtad especially lepas kahwin, ikut agama pasangan.
indonesia tiada sultan, justeru Islam tak wujud dalam perlembagaan negara.
aunti ni suka perhatian..dia suka diberi perhatian lagi2 dikata susur galur puter mambang siwowo ratu apa tah..dan2 tukar agama. rasa dipuja gitu..nauzubillah. takpelah saya ckp je..ujian kita tak sama.