CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS Yakin Orang Ramai Akan Guna Lebuh Raya Angkasa Lepas Di Masa Depan

26-10-2021 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1828| Komen: 7

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk membina sebuah ‘lebuh raya’ angkasa lepas lengkap dengan beberapa perhentian dalam menjadikan sesi lawatan ke ruang angkasa sebagai suatu kebiasaan, lapor Daily Star.


Perintah Pengangkutan AS dan Angkatan Angkasa Lepas AS yakin bahawa orang ramai akan menggunakan lebuh raya angkasa lepas pada masa akan datang.


Kredit foto: defenseone

Sistem yang akan dibangunkan negara itu turut dilihat dapat membawa rakan kerjasama komersial serta sekutu AS untuk membuat lawatan kerap dan berulang-alik ke Bulan serta seluruh alam semesta.

Bagi tujuan itu, beberapa hab untuk mengisi bahan api yang lengkap dengan perkhidmatan baik pulih turut akan dibina.

Selain itu, AS juga sedang meninjau lokasi orbit yang sesuai untuk dijadikan perhentian dengan jangkaan untuk beroperasi dalam jangka masa lebih cepat bagi menandingi China.

“Kami telah menetapkan standard, doktrin serta tadbir urus dalam kalangan prinsip-prinsip yang kami percaya.

“Sebagai mana bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi untuk Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa untuk angkasa lepas, saya percaya bahawa pengangkutan angkasa lepas juga akan menggunakan bahasa ini, dan bukannya Mandarin,” kata Ketua Angkatan Angkasa Lepas, Bridget Jeneral John Olson. 

AS dan China ketika ini sedang bersaing untuk mendarat di Bulan. Pihak pertama yang berjaya sampai berpeluang memilih hartanah pertama di situ, di mana pangkalan bulan berkemungkinan dapat dibina. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 26-10-2021 04:10 PM
Itu pun kalau sempat lah ye.
Quote Lagubestbest 26-10-2021 07:04 PM
Edited by Lagubestbest at 26-10-2021 07:10 PM

err.. diorang bukan create teknologi, tapi setiap planet yang bergerak memang ada gelombang yang mengelilingi. Corak gelombang tu macam logo McD yang ada tapi tak tetap (yela planet pun bergerak kan so gelombang bergantung pada "pertindihan dan pergerakan" planet2 la). Jika disambung semua logo McD planet, kita akan nampak jalur gelombang McD bertindih bersambung dari planet sini ke planet sana seterusnya ke planet sana.. sekarang teknologi dah advance memungkinkan kita nampak dan buat pemetaan, buat tanda jalan dan gerbang masuk keluar. Macam surfing ride ombak..
Quote cmf_premierleag 26-10-2021 07:05 PM
Mohon balaci2 umno rebut masuk tender utk R&R angkasa lepas
Quote Lagubestbest 26-10-2021 07:10 PM
cmf_premierleag replied at 26-10-2021 07:05 PM
Mohon balaci2 umno rebut masuk tender utk R&R angkasa lepas

sebab tu kena letak duit kat british virgin island. sebab ni la.
Quote ninja boy 26-10-2021 11:19 PM
Menghuni  marikh kunun, ai berharap fly suit jet suit baju terbang patut dikomersilkan meleluasa di bumi
Quote cikpuanzaza 27-10-2021 03:55 PM
aku yakin tak berjaya punya hahah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057398 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top