Pelakon dan pengacara jelita, Che’Puan Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans tampil bersuara terhadap isu pelakon yang bekerja lebih masa di set penggambaran.
Menerusi laman Twitter, beliau memuat naik screenshot Insta Stories beliau mengenai berita aktor Bollywood, Alec Baldwin yang tertembak mati kru penggambaran menggunakan pistol dan peluru replika ketika menjalani latihan bagi penggambaran filem Rust di Santa Fe, Nex Mexico pada Khamis lalu. “Dah lama nak cakap pasal issue ni sebenarnya. But i’ve always been shut by people about it.”
Dia turut tidak menyangka bahawa masalah bekerja lebih masa di set penggambaran turut berlaku pada industri Hollywood. “Ingatkan kat Malaysia je. Hollywood pun ada masalah dengan overworking hours on set. Itu baru 12-13 jam diorang dah bising. Malaysia?? 16-20 jam tu normal. Tibai selagi boleh. Selagi langit tak cerah lagi.” Dia turut menjawab persoalan netizen jika terdapat perbadanan yang lindungi pelakon yang bekerja lebih masa.
|
msdummy.2018 replied at 26-10-2021 12:03 PM
Retos kerja 16jam, payment skali masuk belas ribu...ribu2...marhaein kerja 16jam shari gaji 2k jer s ...
Menerusi laman Twitter, beliau memuat naik screenshot Insta Stories beliau mengenai berita aktor Bollywood, Alec Baldwin...
ADVERTISEMENT