CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kuman Dalam Darah Maria Tunku Sabri Semakin Mengganas

26-10-2021 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11652| Komen: 121

Description: Saya mohon maaf jika ada salah silap dengan sesiapa sahaja. Kepada anda semua yang menonton, ahli keluarga, kawan-kawan, kalau saya ada termakan dan terminum harap halalkan.
Saya mohon maaf jika ada salah silap dengan sesiapa sahaja. Kepada anda semua yang menonton, ahli keluarga, kawan-kawan, kalau saya ada termakan dan terminum harap halalkan. 


"Saya maafkan semua orang dan halalkan makan minum suami, anak-anak dan kawan-kawan. Sampai kita berjumpa lagi," kata pengacara Maria Tunku Sabri dalam nada sebak menerusi video di Instagram.

Pengacara terkenal yang pernah mengendalikan program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada 21 Oktober lalu selepas bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19.

Maria berkata, dia memohon maaf kerana tidak memuatkan sebarang khabar berita darinya ketika ini kerana mahu berehat.

Foto: IG


"Saya nak pulihkan sakit yang kita tak nampak sebab dalaman luaran badan nampak susut . Apa nak buat, sakit kan. Bacaan oksigen dan darah tinggi normal, cumanya kuman dalam darah semakin mengganas. 

"Saya perlukan rehat yang banyak. Sudah lima, enam hari tak buat hantaran di Instagram. Tak larat sangat dan masa cakap pun batuk. Memang tak boleh nak cakap banyak sangat. Minta semua doakan saya agar saya kembali pulih dan balik rumah," katanya.



Perkongsian video itu mendapat lebih 50,000 tontonan serta simpati dari rakan industri serta peminat.

Mereka mendoakan agar Maria tabah dan sembuh seperti sediakala. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 26-10-2021 10:56 AM
Saya doakan Maria supaya muhasabah diri dan tidak lagi mempersendakan sesiapa, bercakap besar seolah2 terlalu suci murni dan sempurna, memohon maaf kepada setiap cabin crew yang pernah dicerca ditengking (walaupun beliau mencanang konon ingin mengajar, tetapi sebenarnya lebih kepada 'aku hebat') serta cukup2 lah bermulut laser (walaupun mengaku hati baik)...Amin Amin Amin ya Rabb...

P.S.  saya tonton interview zarul umbrella betapa bangganya Maria mengaku yang beliau sangat garang dgn cabin crew yang junior......
Quote Mooverine 26-10-2021 10:57 AM
aiyoo hashtag.. netizencangotohell tu.. dah sakit-sakit ni, focus ja dgn positive energy, kak
Quote lasagna 26-10-2021 11:01 AM
ohh kena jangkitan kuman ke dia? syafakallah utk beliau. smoga muhasabah diri slalu. nextttttttttt!
Quote LadyCarefree 26-10-2021 11:06 AM
#NetizenCanGoToHell katanya. Apo?
Quote hotmak 26-10-2021 11:06 AM
dah sakit pun tak tinggal hashtag netizan can go to hell? cmana nak minta org doakan kalau sendiri rasa bagus

apapun moga cepat sembuh
Quote Delifrance 26-10-2021 11:08 AM
Apa2 pon privacy org2 lain kat belakang tu jaga la sama. Org tgh tergolek2 baring/rehat alih2 masuk video kau
Quote asamfish 26-10-2021 11:14 AM
Dan janganlah Maria hanya memohon kemaafan di ketika menerima kesakitan atau kesusahan, tapi tetap mengulangi kesalahan dan keburukan yang sama apabila sihat segar bugar nanti.  Please walk the talk, not just talk the talk!
Quote DayangKirana 26-10-2021 11:21 AM
kemain ko hashtags...
Quote ezacbee 26-10-2021 11:40 AM
Netizen mana tu yg nak di campak ke neraka
Quote Orix 26-10-2021 11:42 AM
sheols bukan orka rumah bertingkek-tingkek ka? awat x msuk private hosp jah
Quote asamfish 26-10-2021 11:43 AM
O....M...G!!!!  tak perasan hashtags dia!!!!
Dalam dok sakit...dok minta doa...boleh lagi berhashtags gotohell bagai.......
Jangan membongkak wahai maria



Quote che-cikL 26-10-2021 11:44 AM
Bolehlah netizen masak ayam masak merah darah Maria Tunku Sabri tinggi rendah jantung berdegup laju.
Quote Fly_over 26-10-2021 11:44 AM
sheols nak diba AA versi wanita agaknya
Quote outcast 26-10-2021 11:44 AM
Dia ni attention whore. Zaman dia dh berlaku. Curtain dh down... Bawak2 laaa detox medsos
Quote asamfish 26-10-2021 11:45 AM
LadyCarefree replied at 26-10-2021 11:06 AM
#NetizenCanGoToHell katanya. Apo?

Tu la....tanjat ai tau
tadi tak perasan with all the hashtags tu


Quote che-cikL 26-10-2021 11:45 AM
Ikan bakar kelas kau Maria Covid campak netizen ke neraka
Quote asamfish 26-10-2021 11:46 AM
che-cikL replied at 26-10-2021 11:44 AM
Bolehlah netizen masak ayam masak merah darah Maria Tunku Sabri tinggi rendah jantung berdegup laju.

aku harap ada la sapa2 yang letak menu tu kat ig dia....

Quote musangbodoh 26-10-2021 11:52 AM
apo kono ejang...
Quote anony-mous 26-10-2021 11:53 AM
Mooverine replied at 26-10-2021 10:57 AM
aiyoo hashtag.. netizencangotohell tu.. dah sakit-sakit ni, focus ja dgn positive energy, kak

Ok lg hashtag tu compare hashtag beautifulmaria tu

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056598 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top