Penyampai radio popular, DJ Lin mengakui bukan satu perkara mudah untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami.
Kata Lin, dugaan penceraian nyata mengajar erti kesusahan sebenar dalam kehidupan. Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid mendedahkan pengalamannya menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini. “Sebagai seorang ibu tunggal, kita belajar apa itu erti kesusahan sebab masa saya berpisah saya keluar dari rumah pergi cari rumah sewa beli tilam, baldi nak masuk rumah macam kita baru mula nak menyewa rumah.
“Kesusahan itu tidak dapat digambarkan, mungkin orang tak nampak kesusahan saya, tapi saya okey sebab saya yang memilih untuk itu jadi saya kena terima apa jua risikonya,” katanya. Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menambah situasi tersebut secara langsung menjadikan dirinya wanita yang kuat dan tabah. “Tapi yang penting hati kita tenang, susah juga kalau hati kita pun terganggu semua emosi serabut untuk apa, jadi bagi saya biar kita sendirian. “Saya memang belajar untuk menjadi seorang wanita yang kuat sejak saya bercerai dan saya berterima kasih pada Allah kerana daripada pengalaman, kesakitan yang dilalui itu saya boleh berkongsi dengan pendengar Suria Cinta. “Bila kita melepasi fasa penceraian, kita sebenarnya akan belajar banyak benda dan kenal di mana kekuatan diri pada diri kita yang sebelum ini kita tidak sedar,” katanya lagi. Sekadar informasi, rumah tangga yang dibina Dj Lin bersama bekas suami berakhir sekitar tahun 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Nureen Aresya, 20 dan Nazren Asyran, 18.
|
JunkMail: Siannya takde sapa komen pasal ...
“Sebagai seorang ibu tunggal, kita belajar apa itu erti kesusahan sebab masa saya berpisah saya keluar dari rumah pergi cari rumah sewa beli tilam, baldi nak masuk rumah macam kita baru mula nak menyewa rumah.
matjerk replied at 26-10-2021 12:50 AM
Meh aku komen...
DJ Lin kata : Kak Lin x nak org nak kan kak Lin sebab Kak Lin ni DJ Lin.....
JunkMail replied at 26-10-2021 08:04 AM
Siannya takde sapa komen pasal dj Lin ni.. meh la aku komen.
Mohon DJ Lin stop mencabub di suria p ...
jiwakacau06 replied at 26-10-2021 09:24 AM
tpi i lg suka 3org...xksh la suraya ke dj lin...sbb tyzo kuat merapu + emosi + suka double meaning ...
jiwakacau06 replied at 26-10-2021 09:24 AM
tpi i lg suka 3org...xksh la suraya ke dj lin...sbb tyzo kuat merapu + emosi + suka double meaning ...
jiwakacau06 replied at 26-10-2021 09:24 AM
tpi i lg suka 3org...xksh la suraya ke dj lin...sbb tyzo kuat merapu + emosi + suka double meaning ...
annehuda replied at 26-10-2021 09:01 AM
baru aku tau selama ni aku bekerja sana sini duduk rumah sewa aku orang susah rupanya
ADVERTISEMENT