|
Mereka yang tinggal di Putrajaya atau kawasan berdekatan mungkin sangat mengenali kompleks E, yang merupakan kompleks besar yang didirikan atas urusan kerja kerajaan. Antara kompleks kerajaan yang ada di situ adalah Kementerian Dalam Negeri ( KDN ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan beberapa Kementerian lain. Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah lori dengan nekad melanggar lebih 10 buah kereta yang diletakkan di bahu jalan di Parcel E. Lantas kejadian itu
menyebabkan hampir ke semua kereta mengalami kerosakan seperti calar teruk dan patah
cermin sisi.
Sumber Rakaman CCTV Video yang tular itu turut mendapat banyak reaksi netizen dan antaranya ada mengucapkan terima kasih kepada “ Abang Lori ” kerana melanggar kereta berkenaan. Ini
kerana tempat di bahu jalan itu tidak dibenarkan parkir sama sekali. Tetapi ada juga individu tidak bersetuju, kerana berpendapat kawasan kompleks E itu memang susah mendapat parkir. |
aliaa replied at 22-10-2021 02:52 PM
oh memang tak disediakan parking utk staff ya
nakkomenjugak: Kalau parking lot pun sedehhh ...
rikuren replied at 22-10-2021 08:36 AM
Yang free limited. Yang berbayar pun limited sampai double triple parking.Sebenarnya during office ...
Normabaru replied at 23-10-2021 11:13 PM
yang sembang parking mahal tu try duduk sebelah klcc ni.. See how much we spend byr parking.. Duit e ...
ADVERTISEMENT