Seorang anggota bomba lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Melaka, petang Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kubu itu sedang dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa banjir apabila dia tiba-tiba pengsan. Utusan melaporkan bahawa anggota itu tersangkut dalam aliran deras air banjir, sebelum kira-kira lapan anggota bomba bersama 10 penduduk kampung lain menyelamatkannya. Mangsa banjir tersebut juga berjaya diselamatkan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka ketika dihubungi memberitahu, anggota tersebut dalam keadaan selamat, namun belum sedarkan diri. - CARI Sumber: Utusan Malaysia KEMAS KINI Melaka – Anggota bomba yang dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini petang semalam disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, awal pagi tadi. Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh, 46, yang merupakan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.11 pagi tadi. Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi. “Dukacita dimaklumkan bahawa, PBK II (KUP) Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. “Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya. CARI Sumber: Kosmo |
Mizlyn: Innalillah..salam takziah.. Semlm tgk video ..tp x faham.. Cuma nmpk derang jerit2 minta tolong..
ADVERTISEMENT