Nampaknya percutian Datuk Rizalman Ibrahim bersama dua anak lelakinya ke Langkawi baru-baru ini menarik perhatian netizen,
Katanya keberangkatannya ke sana adalah dengan menaiki jet peribadi. Kecoh media sosial apabila ada yang mendakwa jet peribadi itu adalah miliknya sendiri. Malah kebanyakan netizen memuji Rizalman mempunyai keperibadian diri yang tak sombong dan sangat baik hati. Mereka juga mendoakan kesejahteraan dunia akhirat buat pereka fesyen ternama itu. Sementara itu menurut Harian Metro, ada juga yang bangga dengan kejayaan anak Melayu Islam seperti Rizalman yang berjaya menepis kata-kata kurang manis berkaitan orang Melayu iaitu tak rajin berusaha. "Suka tengok Datuk Rizalman ni, jenis tak sombong. Semoga Allah sentiasa lindungi beliau sekeluarga di dunia dan di akhirat." Tambah seorang lagi, Rizalman suka bersedekah. Banyak amalan tidak ditayang seperti membantu sekolah tahfiz, anak yatim dan golongan memerlukan. "Meraikan hari jadi di Langkawi bersama keluarga. Tahniah, semoga terus berjaya dan sihat sejahtera. Sesungguhnya, Allah sentiasa memberkati orang yang baik." Difahamkan ketika bercuti di pulau itu, Rizalman menginap di villa mewah. -CARI |
babelina replied at 18-10-2021 11:55 AM
bab kata kwn i ols.. tgk la bff dia sapa.. x mustahil dpt semua2 tu.. malah lbh dari tu kot..
slyfynx replied at 18-10-2021 01:12 PM
Org melayu ni kene faham
Berjaya ≠ byk duit or pakai semua mahal2
dejure replied at 18-10-2021 12:52 PM
Sementara bff masih lagi no 1 negara..nnt bff dah pulang ke negeri dah payah pula
sleepandream: anak2 munturi and kerabat2 yes ...
ADVERTISEMENT