CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Krisdayanti Curi Tumpuan Warganet, Hulur Bantuan Baiki Gereja Uzur

16-10-2021 04:01 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2367| Komen: 8



Penyanyi tersohor dan Diva Indonesia, Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD mencuri tumpuan ramai selepas tampil menghulur bantuan membaiki sebuah gereja uzur yang terletak di daerah Malang, Indonesia.

Melalui beberapa hantaran di Instagramnya, KD berkata tujuannya bersama-sama membangun semula gereja tersebut adalah atas dasar rasa prihatin terhadap penganut agama Kristian di daerah itu yang juga perlu beribadat dalam keadaan selesa.


“Tahun lalu saya didatangi seorang paderi yang memberitahu tentang keadaan gereja di daerahnya yang sudah uzur.

“90 peratus penduduk di kawasan itu beragama Kristian dan gereja itu satu-satunya tempat beribadah yang masih digunakan meskipun keadaannya uzur dan hampir runtuh.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, program pembangunan Balai Latihan Kerja Komuniti Gereja Jamaat Tambakasri kini sedang dibangunkan,” katanya.


Penyanyi yang dicungkil bakat menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992 itu turut menyumbangkan peralatan muzik untuk digunakan di gereja berkenaan.

Tindakan KD itu menerima maklumbalas yang pelbagai khususnya dari rakan selebriti yang rata-rata kagum dengan semangat muhibah dan keprihatinan Diva Indonesia itu terhadap keperluan penganut agama lain.

“Kamu memang berbeza. Inilah sebabnya kamu disayangi ramai!” tulis pelakon, Sophie Navita.

Dalam masa yang sama, penyanyi, Nowela Elizabeth Auparay meluahkan rasa terharu di ruangan komen.

“Mimi, mahu menangis saya melihatnya. Terima kasih atas kasih Mimi untuk saudara-saudara penganut Kristian,” tulisnya.


Terdahulu, KD turut meletakkan batu simbolik pembinaan 2 yayasan pondok pesantren. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pak.Maun 16-10-2021 04:49 PM
baguslah. dia pun wakil rakyat situ kan
Quote vee_zara 17-10-2021 06:22 PM
Cantik betul kris dayanti ni..makin tua makin cantik
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 07:42 PM
Kalau jadik kat sini, retis isle dah dicop mohor kafeeerrrr murtadahhh oleh netijen


And they say ini negara toleransi
Quote hinata_holic 17-10-2021 11:26 PM
nakkomenjugak: Kalau jadik kat sini, retis is ...


Kannzzz
Quote mamajawie 18-10-2021 09:32 AM
dia ni makin tua makin lawa..tapi muka cam iras kylie jenner lak
Quote babelina 18-10-2021 10:25 AM
x mkn tua.. gemok pn tidak.. cantik jer..
Quote ina_na 24-10-2021 03:18 AM
vee_zara replied at 17-10-2021 06:22 PM
Cantik betul kris dayanti ni..makin tua makin cantik

Dia buat rawatan muka dan bdn dia tgk la mcm mn..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.191855 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top