View: 1034|Reply: 7
|
Krisdayanti Curi Tumpuan Warganet, Hulur Bantuan Baiki Gereja Uzur
[Copy link]
|
|
Penyanyi tersohor dan Diva Indonesia, Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD mencuri tumpuan ramai selepas tampil menghulur bantuan membaiki sebuah gereja uzur yang terletak di daerah Malang, Indonesia.
Melalui beberapa hantaran di Instagramnya, KD berkata tujuannya bersama-sama membangun semula gereja tersebut adalah atas dasar rasa prihatin terhadap penganut agama Kristian di daerah itu yang juga perlu beribadat dalam keadaan selesa.
“Tahun lalu saya didatangi seorang paderi yang memberitahu tentang keadaan gereja di daerahnya yang sudah uzur.
“90 peratus penduduk di kawasan itu beragama Kristian dan gereja itu satu-satunya tempat beribadah yang masih digunakan meskipun keadaannya uzur dan hampir runtuh.
“Alhamdulillah dengan izin Allah, program pembangunan Balai Latihan Kerja Komuniti Gereja Jamaat Tambakasri kini sedang dibangunkan,” katanya.
Penyanyi yang dicungkil bakat menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992 itu turut menyumbangkan peralatan muzik untuk digunakan di gereja berkenaan.
Tindakan KD itu menerima maklumbalas yang pelbagai khususnya dari rakan selebriti yang rata-rata kagum dengan semangat muhibah dan keprihatinan Diva Indonesia itu terhadap keperluan penganut agama lain.
“Kamu memang berbeza. Inilah sebabnya kamu disayangi ramai!” tulis pelakon, Sophie Navita.
Dalam masa yang sama, penyanyi, Nowela Elizabeth Auparay meluahkan rasa terharu di ruangan komen.
“Mimi, mahu menangis saya melihatnya. Terima kasih atas kasih Mimi untuk saudara-saudara penganut Kristian,” tulisnya.
Terdahulu, KD turut meletakkan batu simbolik pembinaan 2 yayasan pondok pesantren. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah. dia pun wakil rakyat situ kan |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik betul kris dayanti ni..makin tua makin cantik |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak: Kalau jadik kat sini, retis is ...
Kannzzz |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni makin tua makin lawa..tapi muka cam iras kylie jenner lak |
|
|
|
|
|
|
|
x mkn tua.. gemok pn tidak.. cantik jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
vee_zara replied at 17-10-2021 06:22 PM
Cantik betul kris dayanti ni..makin tua makin cantik
Dia buat rawatan muka dan bdn dia tgk la mcm mn.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|