CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penat Bergelut Dengan Mangsa, Pencuri Kempunan Sebab Tak Pandai Bawa Kereta Manual

15-10-2021 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3584| Komen: 43

Percubaan tiga lelaki mencuri kereta gagal kerana mangsa yang dipilihnya mahir seni mempertahankan diri selain kereta mangsa menggunakan transmisi manual.

Pejabat Sheriff di Wilayah Staffor, Virginia berkata, polis dipanggil ke Anytime Fitness di Stafford, Virginia, Washington selepas beberapa orang ternampak insiden pergaduhan serta cubaan tiga lelaki tersebut untuk mencuri kereta di tempat letak kereta sekitar jam 5 petang pada Selasa.

Suspek dikenal pasti sebagai Jabez Clark,19, Korey Richardson,18 dan Jacob Land yang berusia 20 tahun, lapor Daily Mail.


Korey Richardson (kiri), Jacob Land (tengah) dan Jabez Clark (kanan)


Ketiga-tiga mereka didakwa memukul mangsa dengan kayu beberapa kali, namun mangsa yang mahir seni mempertahankan diri melawan semula.

Salah seorang suspek bagaimanapun berjaya merampas kunci kereta mangsa dan meluru masuk ke dalam kereta.

Namun, penyerang terbabit gagal melarikan diri kerana mereka tidak pandai memandu kereta dengan transmisi manual, kata polis.


Kredit foto: Daily Mail/FB

Mereka kemudiannya berputus asa dan memilih untuk melarikan diri sebelum orang ramai tampil untuk membantu mangsa.

Ketiga-tiga suspek melarikan diri menggunakan kenderaan mereka sendiri.

Pihak berkuasa memberitahu suspek memandu sebuah kereta sedan Acura berwarna putih dengan nombor plat Mississippi.

Kesemua mereka berjaya diberkas dan ditahan di lokap daerah Rappahannock.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 15-10-2021 02:39 PM
[em:3:] [em:3:] [em:3:]
Quote KamikuP 15-10-2021 03:57 PM
Halah halah halh.. meolss gelak beso tengok muka seko2 penyamun tu mcm tak mandi mesti kepam kan
Quote mbhcsf 15-10-2021 04:08 PM
hmm...interesting.

Kereta manual  best tang pick ups...
Quote trexxxxxi 15-10-2021 04:14 PM
Hahaha
Nak mencuri tapi tak pandai bawak kereta manual
Quote CikYaYaYa 15-10-2021 09:02 PM
Bhaahha aduyaii mcm2 hal.
Quote edayildiz 15-10-2021 09:04 PM
kereta transisi manual tu keta manual la ye.pelik ayat..kalau ckp manual jer xblb ke..bebalnya pencuri pun..dh la muka kepam xmandi
Quote edayildiz 15-10-2021 09:05 PM
kat mana butang edit
Quote supernaturalee 15-10-2021 09:45 PM
Tak baik lh korg kata kepam x mandi
Mmg gitu lh rupa African Americans

Quote fortiori13 15-10-2021 10:23 PM
Muda2 lagi budak2 ni dah jd penjenayah....
Quote batmana 16-10-2021 12:06 AM
Kt US selalu org bagi tau kete manual ni antara alat anti kecurian kenderaan..
Quote MsKathryn 16-10-2021 01:30 AM
Adoiii nk mencuri last2 kempunan
Quote kaoru44 16-10-2021 07:23 AM
Sia sia je..kesian mngsa kena pukul..
Quote b_n_c 16-10-2021 07:35 AM
edayildiz replied at 15-10-2021 09:05 PM
kat mana butang edit

kalU dh jumpa bgtau aku sekali..hikhik
Quote airisa 16-10-2021 08:05 AM

kat thread mana ntah ada org kata tekan kat 3 dot kat bawah post...

tapinya .. diri sendiri pun tak jumpa di mana 3 dot tu .. hahahahhaha

**edit***
skrg ni ada icon edit ..
ni bukti dah boleh edit .. hahahah
Quote FOTHER-MUCKER 16-10-2021 08:06 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-10-2021 04:09 PM

Kerana itulan setengah negara sewaktu nak ambil lessen memandu akan ditanya nak manual ataupun auto transmission.

Jika ambil test menggunakan kereta auto transmission dan jika lulus ujian memandu maka dia tidak akan dibenarkan memandu kereta yang mempunyi manual transmission dan jika dia didapati memandu kereta manual adalah satu kesalah.

Jadi sebab itu sewaktu ambil ujian memandu akan digalakkan menggunakan kereta yang menggunakan manual trans, manual trans = lesen penuh untuk kelas D iatu akan dibenarkan memandu manual ataupun auto t4ans.
Di Malaysia juga sepatutnya buat seperti ini.
Quote FOTHER-MUCKER 16-10-2021 08:18 AM
Takan tiada?

Quote trexxxxxi 16-10-2021 08:22 AM


Sini chuol

IMG_20211015_171207.jpg

Quote trexxxxxi 16-10-2021 08:24 AM
FOTHER-MUCKER replied at 16-10-2021 09:18 AM
Takan tiada?

Biasalah ramai guna mobile
Jadi hidden gitu
Quote Artemesiaa 16-10-2021 11:06 AM
Tercyduk akhirnya

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.140837 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top