CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKR Akui Gabungan Politik PR Tidak Lagi Berfungsi Secara Formal

18-6-2015 11:01 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 15380| Komen: 188


 

sumber foto : partyrakyat.blogspot.com


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengakui bahawa gabungan politik Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi berfungsi secara formal.

Katanya keadaan itu berlaku berikutan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas di Muktamar PAS Ke-61, manakala Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan 'penamatan riwayat' PR, dan dianggap oleh PKR sebagai tergesa-gesa.

Beliau berkata perkara tersebut adalah antara keputusan yang dibuat semasa mesyuarat Biro Politik PKR semalam.


Wan Azizah berkata PKR juga akan merintis usaha untuk membina permuafakatan parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

PR ditubuhkan pasca Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 atas inisiatif bekas presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan utama dengan membawa tiga parti pembangkang terbesar dalam negara yang bergabung untuk menentang BN.- CARI Infonet

Sumber : BERNAMA


10

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 17-6-2015 01:58 PM
betul ke uols?
interested ke interesting?

Quote dodolgemok 17-6-2015 02:08 PM
Bagusla drpd bersekongkol dgan pas yg uturn memanjang nak ug dgan umngok.senang sikit nk undi pru14 ni
Quote jengkoil 17-6-2015 02:09 PM
Nape azmin memihak PAS?
Quote atira 17-6-2015 02:10 PM
tapi kat online news lain tak de apa2 laporan pon
Quote cecari 17-6-2015 02:12 PM
Menarikk
Quote atira 17-6-2015 02:15 PM

betui ke azmin sokong lobai pas?
patut la monteng manjang mcm hadi... kalau ikut artikel atas tu la
Quote Knights 17-6-2015 02:22 PM
kalau bn lawan pas lawan pasma

camna
Quote bluehedgehog 17-6-2015 02:25 PM
masuklah cai2 bijan dzeck dan anak nogori...
Quote obelisk 17-6-2015 02:26 PM
Edited by obelisk at 17-6-2015 02:44 PM

a tribute to pas...

[fbv]864482106914602[/fbv]
Quote dauswq 17-6-2015 02:28 PM
Knights replied at 17-6-2015 02:22 PM
kalau bn lawan pas lawan pasma

camna

of coz BN menang

kecuali di kwsn majoriti org cina/india
mcm dr siti mariah pegang tu , tmbh2 lagi dh tau dia ke arah PASMA baru2 ni

Quote atira 17-6-2015 02:28 PM
by de way.. keputusan PKR ni ada kat FMT je..
online news lain termasuk malaysiakini dap tak de apa2 laporan lagi ponnn
Quote dauswq 17-6-2015 02:31 PM
atira replied at 17-6-2015 02:28 PM
by de way.. keputusan PKR ni ada kat FMT je..
online news lain termasuk malaysiakini dap tak de apa ...

PKR S'gor mahu kekal kerjasama PAS, DAP
Walau Pakatan Rakyat sudah berkubur, PKR tetap berusaha untuk mengekalkan dominasinya ke atas kerajaan Selangor dan juga kerjasama PAS dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Satu sumber dalam kerajaan negeri memberitahu Malaysiakini, strategi serampang dua mata ini dirancang bagi mengekalkan pentadbiran kerajaan Selangor sedia ada.

Difahamkan, ia merupakan tujuan kunjungan Menteri Besar Azmin Ali ke Kelantan bagi bertemu pemimpin PAS.

Ia merupakan intipati kepada mesyuarat biro politik PKR pada malam tadi, yang tidak didedahkan kepada pemberita, kata sumber.

Pemimpin utamanya termasuk presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya melemparkan senyuman kepada para wartawan yang menunggu sehingga mesyuarat berakhir lewat malam.

Setiausaha agungnya, Rafizi Ramli pula hanya mengesahkan bahawa mesyuarat itu sudah mencapai keputusan.

“Namun ia tidak akan diberitahu malam ini,” katanya yang menambah, ia merupakan keputusan positif.

Sementara itu, laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang mengulangi pendirian PKR bahawa kesemua parti perlu mengakui masalah yang timbul dan menghadapinya dengan bijaksana.

Pendirian PKR itu, seperti yang dinyatakan Wan Azizah, Isnin lalu bertujuan untuk mengukuhkan gabungan progresif antara parti, mengikut dasar bersama Pakatan Rakyat.

Kenyataan ini dibuat sebelum pengumuman setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng semalam bahawa kerjasama antara Pakatan Rakyat kini sudah tamat.


Quote atira 17-6-2015 02:34 PM
dauswq replied at 17-6-2015 02:31 PM
PKR S'gor mahu kekal kerjasama PAS, DAP
Walau Pakatan Rakyat sudah berkubur, PKR tetap berusaha u ...

ohh.. kat malaysiakini udah ada ye..


Quote Anak_Nogori 17-6-2015 02:36 PM
saya percaya pkr sudah terbentuk kpd dua golongan....golong sokong dap golongan sokong pas..sbb tu smpi sekarang keputusan mesorat biro politik pkr mlm tadi rapizi smpi skrg tak buat pc..
Quote tetekkecil 17-6-2015 02:43 PM
Casino Deposit Bonus Pertama!
100% Bonus sehingga MYR500!
KLIK SINI!


Poker Bonus Selamat Datang
Welcome Bonus package $20!
ATAU SINI!


Sports Deposit Bonus Pertama!
100% Bonus sehingga MYR688
SINI PON BOLEH!

Quote tebuanharimau 17-6-2015 02:44 PM
elok PKR bekerjasama dgn DAP dan parti lain termasuk Pasma
Quote d'zeck 17-6-2015 02:49 PM
Anak_Nogori replied at 17-6-2015 02:36 PM
saya percaya pkr sudah terbentuk kpd dua golongan....golong sokong dap golongan sokong pas..sbb tu s ...

sebenarnya sape jurucakap rasmi
PKR ni AN?

jijah ka azmin ka rapuzi ka atau
still suara dari dalam penjara
ka

bukan apa, kesian tengok macai
nak pegang yang mana satu
Quote ifanonline 17-6-2015 02:51 PM
PAS tak bleh ckp banyak...cuba tengok kelantan, ape kemajuan yg depa bawa?

tapi umno jahat juga, sekat royalti minyak kelantan...
Quote Anak_Nogori 17-6-2015 02:52 PM
d'zeck replied at 17-6-2015 02:49 PM
sebenarnya sape jurucakap rasmi
PKR ni AN?

entah lah zeck..sat ketum..sat jijah..sat nurul..sat azmin..sat rapiji...sat lagi Tian Chuak..

Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.079154 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top