Hartawan media, Donald Trump membuat pengumuman akan bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada pemiliha akan datang.
Ia tidak memeranjatkan kerana sebelum ini beliau membayangkan akan membuat pengumuman mengejutkan.
“Saya secara rasminya mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat dan kita akan menjadikan negara kita kembali terbaik,” katanya ketika berucap di Trump Tower pada Selasa.
Bukan itu sahaja, dalam ucapan yang sama, dia juga mengumumkan bersedia menerima selebriti dalam pasukannya.
Antara nama yang disebut, Oprah Winfrey yang akan bertanding sebagai calon Timbalan Presiden.
“Saya rasa Oprah sangat hebat dan harap dia menyertai saya. Kita boleh menang mudah,” katanya lagi.
Bagi mendapat perhatian, Trump menggunakan modal politik dengan mengutuk dasar luar dan ekonomi Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Barrack Obama.- CARI Infonet
Sumber : Reuters
|
13
Bagus |
5
Marah |
15
Terkejut |
17
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT