CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Pemain T-Team Meninggal Dunia Kerana Komplikasi Jantung

17-6-2015 03:35 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 4346| Komen: 0

Description: Pemain import pasukan T-Team, David Faramola Oniya yang meninggal dunia ketika beraksi semasa perlawanan persahabatan antara Kelantan dan T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi disahkan meng ...

Foto oleh : www.hanyabola.com



Sabtu lalu, pemain import pasukan T-Team, David Faramola Oniya yang meninggal dunia ketika beraksi semasa perlawanan persahabatan antara Kelantan dan T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV, disahkan mengalami komplikasi jantung.
    
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat berkata pihaknya telah berhubung dengan keluarga mendiang dan memaklumkan insiden yang telah menimpa pemain kelahiran Nigeria itu.
    
Katanya, ketika ini pihaknya juga sedang berhubung dengan pihak Kedutaan Nigeria bagi proses menghantar pulang mayat mendiang untuk disemadikan di negara asal.

Dalam aksi perlawanan persahabatan malam tadi, pemain berusia 30 tahun itu tiba-tiba jatuh pada minit ketiga perlawanan dan dibawa oleh pasukan paramedik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kelantan.

    
Bagaimanapun kira-kira pukul 10.05 malam, pemain pertahanan pasukan itu disahkan meninggal dunia selepas beberapa ketika menerima rawatan dan tidak lama kemudian, perlawanan persahabatan itu dihentikan pada minit ke-60 oleh pengadil Ku Alauddin Ku Muhammad sebaik mendapat tahu mengenai berita kematian pemain itu.

Sebelum menyarung jersi pasukan T-Team musim ini, Oniya pernah bermain bersama kelab Neftchi FK (Fergana) dalam liga Uzbekistan. - CARI Infonet


Sumber : BERNAMA




14

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057163 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top