Rombakan pemain besar-besaran akan dilakukan dalam aksi genting berdepan juara bertahan, Thailand pada perlawanan ketiga Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan malam ini. Demikianlah bayangan yang diberikan oleh ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee ketika ditanya oleh media. Menurut Kim Swee, perubahan pemain penting dalam usaha mengekang jentera serangan berbahaya skuad 'Gajah Perang' itu. Penolong pengurus skuad negara Datuk Halim Muazzam Ayob berkata, mereka kini dalam usaha memulihkan semangat pemain dengan menggunakan tayangan video kejayaan diraih di Jakarta empat tahun lalu. Diharapkan kejayaan Sukan SEA Indonesia 2011 bakal menjadi pembakar semangat buat skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) negara untuk turun menentang juara bertahan Thailand hari ini, bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir. Pada Sukan SEA Indonesia, anak buah Kim Swee yang menewaskan Thailand 2-1 di peringkat kumpulan mencipta kebangkitan di final menentang pasukan tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1. - CARI Infonet
|
8
Bagus |
4
Marah |
1
Terkejut |
21
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT