CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cepat Mati Kalau Tidur Terlalu Lama !

2-6-2015 01:07 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 6092| Komen: 3|Original author: ultramantujuh



CMF reporter1 
Article Diterbitkan : 2 Jun 2015


Mungkin di antara kita pernah berpengalaman sebegini dimana sebenarnya sudah tidur selama 8 atau 9 jam dan sepatutnya seseorang itu lebih cergas dan bertenaga.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu seseorang itu lagi lama dia tidur, lagi dia rasa mengantuk dan tidak bermaya.

Adakala, dengan hanya tidur setakat 6 jam sahaja, kita rasa lebih bertenaga dan cergas.

Jadi Jangan percaya lagi teori yang mengatakan ketika waktu bercuti, tidur sepuas-puasnya sehingga 8 jam, maka segala kepenatan sebelum ini akan hilang.



Menurut laporan Wall Street Daily, manusia tidak perlu tidur sehingga 8 jam, tidur yang berlebihan sebaliknya ia akan menyebabkan tahap kesihatan kita lagi terjejas.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pensyarah Universiti San Diago di California, Amerika Syarikat, Daniel F.Kripke, tempoh tidur yang paling berkesan adalah antara 6.5 – 7.4 jam.



Berbanding jangkamasa tidur yang tersebut di atas, kesihatan seseorang itu tetap akan terjejas tidak kira samada tempoh tidur lebih lama atau sekejap.

Selain itu, kajian tersebut turut menunjukkan, apabila seseorang itu lagi tua usianya, lagi pendek tempoh masa tidur yang diperlukan.

Proffessor Kripke mendapatkan seramai 450 orang wanita yang sudah berumur untuk menjalankan ujian.

Hasilnya mendapati bagi mereka yang tempoh tidurnya kurang daripada 5 jam dan lebih daripada 6.5 jam, peratusan menemui ajal adalah lebih tinggi buat mereka.

Jadi, bagi mereka yang sudah berusia tinggi tempoh tidurnya kekal sama, walaupun secara keseluruhannya adalah menurun.




Walaupun laporan kesihatan sering mengatakan tempoh masa tidur samada lama ataupun singkat, kesannya adalah buruk. 

Tetapi dalam masyarakat moden sekarang kebiasaannya hanya tidur selama 6 jam sahaja ketika waktu bekerja mahupun dalam waktu belajar,

Apabila tibanya waktu bercuti, tempoh tidur pula akan bertambah sehingga menjadi 10 jam atau lebih, perbuatan seumpama ini langsung tidak sejajar dengan penilaian kesihatan yang sepatutnya.


Demi kesihatan, saya perlu memberi peringatan kepada semua bahawa tabiat tidur yang tidak sempurna mungkin akan menyebabkan sesorang itu mengalami penyakit kencing manis, masalah saluran darah, obesiti dan lain-lain.

Pesanan tersebut sama sekali bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa, ia semata-mata dengan harapan agar kita semua memiliki tahap kesihatan mental dan fizikal yang terbaik. - CARI INFORNET



26

Bagus
29

Marah
20

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote comel91 2-6-2015 05:07 PM
cepat lah mati sbb tak rasa masalalu.. tau2 malaikat da datang
Quote kroit92 2-6-2015 11:16 PM
hari ni tidur 10 jam..
bangun awal dah, lepas tu dengar bunyi hujan, kelentung kelentang kena kat tingkap, guruh sikit, angin sejuk, gelap je.. tutup mata balik, sedar-sedar dah petang
Quote sambaldurian 3-6-2015 08:46 PM
Tp mmg rs pening kepala klu tido bnyk.abeh klu time xde duit,prgm TV xbest, internet lembap, tido jela. Klu ada duit jom berjln2

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.065121 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top