Warna bunga yang berbeza dengan latarnya lebih menarik perhatian lebah yang mencari makanan berbanding bunga yang bercorak. Kajian ini dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Cambridge, UK.Corak pigmentasi pada bunga termasuklah corak warna atau perbezaan warna pada kelopak yang berlainan. Corak ini memcepatkan proses lebah mengumpul dan menghasilkan madu dari nektar bunga. Corak berurat, atau corak berwarna pada kelopak bunga, contohnya pada bunga Antirrhinum. Saintis Heather Whitney dan kumpulannya menjalankan kajian dengan melepaskan lebah yang tidak pernah terdedah kepada bunga dengan tiga jenis bunga. Bunga Antirrhinum yang bercorak urat, berwarna gading (pudar), dan merah. [Baca: Bisa Lebah Mampu kesan Bahan Peledak] Melalui perspektif lebah, bunga merah memancarkan sedikit cahaya, manakala urat merah di bunga gading mengubah sedikit warna bunga itu. Bunga gading memberi kesan yang lebih baik berbanding bunga merah kerana ia mempunyai latarbelakang warna perang yang berbeza dengan warna gadingnya.Mereka menyimpulkan bahawa corak berurat pada bunga mungkin banyak secara semulajadi kerana ia berguna untuk panduan mencari nektar oleh lebah, khususnya meningkatkan darjah penglihatan bunga tersebut. Namun begitu, perbezaan warna bunga dengan latarnya Kajian mereka tersiar dalam Jurnal Springer yang berjudul The Science of Nature. Rujukan: ScienceDaily kredit:www.majalahsains.com
|
17
Bagus |
15
Marah |
21
Terkejut |
25
Sedih |
19
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT