CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanam Anak Di Lantai Dapur Rumah:Suami Isteri Ditahan

1-6-2015 10:09 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 35906| Komen: 200

Description: Siasatan polis membawa kepada usaha untuk mengesan bapa berusia 33 tahun di Keningau, Sabah pada kira-kira pukul 6.30 petang Sabtu. Polis kemudiannya menahan ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang ting ...


Ibu bapa kepada rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki yang ditemui di lantai simen dapur di rumah yang disewakan telah ditahan.


Hasil siasatan polis berjaya mengesan bapa kepada mangsa yang berusia 33 tahun di Keningau, Sabah pada kira-kira pukul 6.30 petang Sabtu. 

Polis kemudiannya menahan ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang tinggi di rumah saudaranya di Penampang pada kira-kira pukul 1 pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, mereka mungkin akan diterbangkan ke Selangor pada hari ini untuk siasatan lanjut.

Jelasnya lagi, keputusan bedah siasat telah mengesahkan mayat di dalam lubang simen itu adalah seorang lelaki berusia lapan ke 10 tahun.


Dan tiada tanda-tanda kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa yang sudah reput. 

Dipercayai juga mayat yang temui di dapur di rumah mereka itu ialah anak mereka, tetapi kita hanya dapat mengesahkannya selepas mengadakan ujian DNA.

Pada Jumaat lalu, pekerja yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian menemui rangka kanak-kanak itu selepas ternampak kain buruk yang berbau busuk dalam lubang lantai dapur itu di Taman Usaha Jaya, Kepong.

Ibu bapa kanak-kanak itu didakwa meminta kebenaran tuan rumah untuk membaiki sebuah bilik mandi pada Mac lalu sebelum mengosongkan rumah itu tanpa notis.

Jiran-jiran memberitahu bunyi kanak-kanak menangis dan dipukul yang didengar mereka sebagai kejadian biasa berlaku di rumah tersebut.

Kes tersebut akan disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan iaitu membunuh. - Cari Infornet


13

Bagus
25

Marah
6

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 1-6-2015 07:49 AM
Mayat Budak Lelaki Ditanam Di Bawah Lantai Dapur                                May 31, 2015                307

Tempat mayat ditemui. FOTO Mohd Fadly Samsudin





Kuala Lumpur – Mayat yang ditanam di bawah lantai dapur rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong dan ditemui Jumaat lalu adalah mayat budak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, hasil laporan bedah siasat juga mendapati mangsa sudah meninggal dunia sejak lapan minggu lalu.
“Punca kematian serta identiti sebenar mangsa masih belum diketahui berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya.
Menurutnya, bekas penyewa rumah itu, iaitu lelaki berusia 33 tahun ditahan di Keningau, Sabah pada 7 malam tadi.
Bagaimanapun, katanya, isteri serta anak lelaki itu masih belum dapat dikesan setakat ini.
“Penahanan itu dipercayai dapat membantu siasatan penemuan mayat berkenaan.
“Ujian DNA akan dijalankan bagi mengenal pasti hubungan lelaki dan mayat yang ditemui itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.
Jumaat lalu, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh anak perempuan pemilik rumah berkenaan yang hendak melakukan pengubahsuaian selepas rumah itu dikosongkan sebulan lalu. - myMetro Online
Quote mak_wa95 1-6-2015 07:51 AM
Apa punca tanam anak kat situ,
Quote cap_ayam 1-6-2015 07:52 AM
Mana kau nak lari lagi..
Quote mak_wa95 1-6-2015 07:53 AM
Renovate rantai tu mgkin utk tutup rahsia tu kut
Quote miabebe 1-6-2015 07:55 AM
Giler lah..pengaruh tgk movie bnyk sgt
Quote jerukkedondong 1-6-2015 07:56 AM
Kejam sungguh...:
Quote bambimo 1-6-2015 07:56 AM
Edited by bambimo at 1-6-2015 08:59 AM

Rasanya couple ni sewa rumah tu..
Then blah owner nk reno rumah tu yg pnggil kontraktor...
Aduh la....
Tunggu prkmbangan seterusnya
Quote cekelatkopi 1-6-2015 08:01 AM
setiap mayat yg di tanam di mana pun....dalam rumah..dalam utan....mesti dapat tau jugak lambat atau cepat...tutuplah mcm mana pun..ada saja manusia yg korek di tempat tu...
Quote chazey 1-6-2015 08:01 AM
Motif sorang ditahan di Keningau, sorang ditahan di Penampang? Ibarat sorang ditahan di KL, sorang lagi pula di Johore. Laki outstation?
Quote aTiKah_aYuNi 1-6-2015 08:10 AM
Kejam sungguh...
Quote gaara_X 1-6-2015 08:14 AM
manusia makin hari makin kejam....
Quote voiletiris 1-6-2015 08:28 AM
mugkin couple sabahan menyewa kat situ..then blah gi balik Sabah  tu yg di tangkap kat sana..harap2 bukan local sabahan..kalau pati aku tak hairan
Quote amon_79 1-6-2015 08:37 AM
nk sembunyi nk sorok2 akhirnya org dapat tahu gak...
Quote freezyout 1-6-2015 08:38 AM
sian lahh budak tuh..naper laa buat macam nie
Quote fifie_olin 1-6-2015 08:39 AM
xde kesan kena dera nape tanam sebegitu skali...
xde bajet kaaa
Quote zameyla 1-6-2015 08:43 AM
cekelatkopi replied at 1-6-2015 08:01 AM
setiap mayat yg di tanam di mana pun....dalam rumah..dalam utan....mesti dapat tau jugak lambat atau ...

betul...betul...mayat nie macam ada satu aura, tanam la dekat mana pun, simen ka, pasti akan jumpa jugak..
Quote bibirmerah 1-6-2015 08:44 AM
Xda hati langsung mak pak budak tu kalau betul mereka yg buat
Quote Decaffeinated 1-6-2015 08:44 AM
chazey replied at 1-6-2015 08:01 AM
Motif sorang ditahan di Keningau, sorang ditahan di Penampang? Ibarat sorang ditahan di KL, sorang l ...

Thx akak Chazey.

Ingatkan dari Penampang ke Keningau tu boleh jogging jah...

p/s: Decaff tau kat kat KK ada Jalan Penampang ja...


Quote Decaffeinated 1-6-2015 08:47 AM
bambimo replied at 1-6-2015 07:56 AM
Rasanya couple ni sewa rumah tu..
Then blah owner nk reno rumah tu yg pnggil kontraktor...
Aduh  ...

berita TV semalam pun kata couple ni penyewa sahaja dan bayar sewa pun missed.

owner yang nak rennovate rumah...


Lihat semua komen(200)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.084711 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top