CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

5 Tabiat Buruk Tambah Kedutan Di Muka

26-5-2015 12:56 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2910| Komen: 0


Umur kamu baru 25 namun kedutan dimuka kamu bukan seperti umur 25 malah seperti usia 35 tahun. Tanpa sedar sebenarnya ada tabiat yang sering kita amalkan sebenanya buruk untuk kita. Menambahkan lagi kedutan di muka. Jom baca:

1. Berhenti mengerut
Biasa tak, kamu membaca sesuatu dari jauh tanpa sedar kamu mengerutkan mata. Malah dalam situasi lebih teruk, kamu siap dengan mengerut dahi! Jika kamu sering mengerut mata dan dahi, dah sampai masa kamu perlu sedar kamu perlu menggunakan cermin mata atau contact lense. Mengerutkan dahi dengan kerap menyebabkan garisan diantara 2 kening lebih ketara.

2. Berhenti monyok/merajuk
Sudah-sudah la tu merajuk ke.. monyok ke. Bukan sahaja tak elok untuk pemandangan namun menyebabkan kamu nampak lebih tua. Dengan monyok sepanjang hari, kamu akan mengaktifkan garisan tepi mata yang mengakibatkan ia lebih jelas kelihatan. Selain itu, jika jenis 'monyok sepanjang masa', garisan di bahagian mulut kamu juga mudah terhasil. Ironinya, jika kamu senyum, kamu tidak mengaktifkan otot ini. Jadi segeralah  senyum.

3.Memakai kata mata hitam
Jika kamu sering terdedah dengan kepanasan, PAKAILAH CERMIN MATA. Ini kerana kamu jatuh dalam kategori pertama tadi iaitu mengerut. Mudahkan untuk nampak muda.

4.Banyakkan tidur
Ladylista tahu senang untuk cakap tapi bukan mudah untuk buat. Apabila kamu kurang mendapat tidur yang sempurna, sememangnya badan kamu akan mencipta satu hormon yang akan memecahkan sel kulit. Jika kamu cukup tidur, kulit kamu akan kekal berseri dan kurang kedut.

5. Sapu Sunscreen
Walaupun kamu tidak menghabiskan masa di tepi pantai seharian, pakailah SUNSCREEn untuk melindungi kulit anda. Ini kerana, matahari kini bukan seperti matahari zaman dahulu, lapisan ozon semakin menipis dan ia akan merosakkan kulit, mengeringkan serta menggaringkan kulit anda. -LadyLista.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.025453 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top